20080905

Kelantan elak membazir, tapi tetap bayar bonus

Kelantan akan tetap membayar bonus sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri tahun ini seperti diterima kakitangan sektor awam di peringkat pusat walaupun hutang kerajaan negeri telah melebihi nilai asetnya.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sumber kewangan kerajaan negeri pimpinan PAS itu lemah tetapi telah mengambil langkah berjimat cermat.

Bagaimanapun, Mursyidul AM PAS itu tetap mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah membazir kerana ia merupakan satu amalan dosa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari Ahad ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Menurut Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, laporan Audit Negeri Kelantan 2007 menunjukkan kedudukan kewangan negeri itu tidak kukuh berikutan jumlah hutang ditanggungnya melebihi nilai aset.

Semasa pembentangan Bajet 2009 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam negara.

"Tiap-tiap tahun kita beri bonus yang tinggal lagi kita bincang macam mana nak berinya...Insya Allah ada," kata Nik Aziz.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com