Sekalipun pelbagai pihak menyuarakan pelbagai pendapat berhubung isu "memohon maaf" berikutan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail mengenai dakwaannya terhadap masyarakat Cina, Timbalan Perdana Menteri menegaskan apa yang penting ialah dasar Umno terhadap kaum lain di negara ini.
"Ada pelbagai pendapat (berhubung isu minta maaf) tapi apa yang penting bahawasanya ini bukan dasar Umno (menganggap kaum Cina sebagai pendatang) dan kita sentiasa menganggap rakyat warganegara Malaysia yang bukan Melayu ini sebagai rakan kongsi dalam memajukan negara kita dan hak mereka dan kepentingan mereka akan terpelihara di bawah kerajaan Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di Chini Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai polemik "memohon maaf" berikutan kenyataan 13 Umno Bahagian yang bersetuju dengan pendirian Ahmad untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya itu.
"Itu soal peribadi dia (Ahmad yang enggan memohon maaf), tapi saya nak tegaskan ini dasar Umno dan dasar kerajaan Barisan Nasional, saya nak fokuskan bahawa ini dasar kita, yang penting dasar kita, bukan pendapat mana-mana pemimpin yang disebut di peringkat bahagian, itu tidak mencerminkan dasar kita," katanya.
Diminta mengulas mengenai kenyataan parti Gerakan semalam bahawa mereka akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya Umno gagal membawa perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Najib berkata:
"Saya baru bercakap dengan (Pemangku Presiden Gerakan) Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dia mengatakan Gerakan tetap bersama-sama BN.
"Apa yang diharapkan ialah bahawa proses perundingan, yakni atas semangat merundingkan apa-apa keputusan dibuat lebih kerap lagi, dan lebih menyeluruh lagi dengan semua parti komponen."
Bernama melaporkan Najib berkata sehubungan itu BN akan lebih kerap mengadakan mesyuarat bagi membolehkan rundingan secara menyeluruh dapat dilakukan.
Ditanya sama ada Umno kini mendapat tekanan daripada parti-parti komponen BN, Najib menegaskan :
"Kita tidak menerima tekanan sebab kita masih pegang kepada semangat setiakawan dalam Barisan Nasional, tapi kita terima bahawa mereka berkehendak proses musyawarah atau rundingan ini dibuat lebih kerap lagi, lebih menyeluruh lagi dengan Umno."
Mengenai penyebaran fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan penerbitan pihak pembangkang yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, Najib berkata kerajaan akan mengkaji bentuk tindakan terhadap mereka yang terbabit.
"Kita kesal perkara ini berlalu sebab ini satu pembohongan, kepalsuan yang mengelirukan rakyat, sebab ini bukan soal fakta kebenaran, nampaknya ada pihak yang tidak minat dengan soal kebenaran sama sekali, tapi dia akan mengeluarkan cerita yang mengelirukan rakyat yang boleh menguntungkan mereka.
"Jadi kita amat kesal...kita akan kaji apa-apa tindakan yang wajar dibuat, sebab kalau kita ambil tindakan, mereka akan kata kita ambil tindakan politik, walhal sebenarnya mereka membuat pembohongan, mereka memalukan, menghina individu tertentu, mereka cenderung buat perkara ini," katanya.
Terdahulu Najib menyampaikan
No comments:
Post a Comment