20080905

Bajet untuk semua

Salam Ramadhan untuk semua. Harapan saya agar kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Bagaikan rahmat Allah yang dijanjikan, dua hari sebelum kita semua berpuasa, Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan Bajet 2009 yang saya anggap sebagai satu bajet untuk kita semua.

Jika dilihat dari segi perspektif kementerian saya, kesediaan kerajaan memperuntukkan belanjawan besar bagi membina kemudahan dan infrastruktur di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mensejahterakan penduduk di kawasan berkenaan.Bercakap tentang Sabah dan Sarawak, kerajaan terus memberi penekanan dari segi kemudahan pasarana walaupun sesetengah kawasan terutama di Sabah dan Sarawak didapati tidak begitu praktikal bagi membina kemudahan jalan raya, membekalkan bekalan elektrik dan air bersih kerana bilangan penduduknya tidak ramai tetapi kerajaan tetap menyediakannya bagi memastikan mereka turut menikmati kemudahan itu.

Kementerian memberi jaminan akan memastikan peruntukan RM8.1 bilion itu digunakan sebaik mungkin terutama dalam usaha kita mengecilkan jurang kemudahan yang diterima penduduk Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peruntukan yang terbesar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukan sejumlah RM8.1 bilion, membabitkan RM3 bilion kepada Sabah, RM3.3 bilion (Sarawak) dan RM1.8 bilion (Semenanjung).

Muhammad Muhd Taib

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com