Messages In This Digest (1 Message)
- 1.
- Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti" From: Azham Abdullah
Message
- 1.
-
Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com azham_917
Fri Sep 12, 2008 9:58 am (PDT)
memanglah itu hak ct shartiyah utk beri respon, tetapi berdasarkan kpd asal usul keturunan ct tu mcm keturunan sorang Islam maka sbg sorg muslimah kalu nak bagi respon tu biarlah beralasan sikit, biarlah berlandaskan syariat agama dan jangan ditinggal terus, keimanan jangan tinggal terus, Kan salah satu cabang Iman tu percayakan Qada' dan Qadar Allah Swt... Jadi hal-hal yang menyentuh atas hak dan kekuasaan Tuhan janganlah dipertikaikan.
Elok lebih berjaga jaga dalam menuturkan perkataan agar tak terbabas. Salam mintak maaflah banyak2 yer ct shartiyah.....
--- Pada Khm, 11/9/08, siti shartiyah <shartiyah@yahoo.com > menulis:
Daripada: siti shartiyah <shartiyah@yahoo.com >
Subjek: Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Khamis, 11 September, 2008, 10:00 PM
Amboi... sedapnya mengata orang tak puasa...??? saya tak dak hak ker nak memberi pendapat .? tak der hak ker nak ber suara..? asal beri pendapat dah kondem... dah tuduh orang tak puasa lah , jaga tepi kain sendiri lah... ini semua jenis golongan tak berhati perut....tak respek pendapat orang tak tak nak dengar kata kata atau buah fikiran orang. salah ker beri pendapat. nak jadi baik pon jangan lah di sini pergi lah ke tempat sepatut nya. perlu di perjelaskan ada parti kerajaan dan juga parti pebangkang. baru teguh sesuatu kerajaan. nie tak semua cakap dia ajer betul tapi habuk pon tak dak.
pi rahhhh. dasar keturunan amerika. sapa makan cili dia terasa pedas. !!!!!!!!!
--- On Fri, 9/12/08, l y n n <lynn@phneh.com. my> wrote:
From: l y n n <lynn@phneh.com. my>
Subject: Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
To: ReSpONs@yahoogroups .com
Date: Friday, September 12, 2008, 4:39 AM
Yang paling penting jage jer dalam kain sendiri
tak payah sibuk dengan kain orang yerk..
pada kak siti, kita kan manusia, selalu lalai,
tapi bukan ler gunakan alasan tu untuk selalu buat salah.
so hari ni kita saling ingat mengingatkan. .
bukan untuk bergaduh..
kita kan sebangsa..
buang yang keruh ambil yang jernih..
----- Original Message -----
From: effamry
To: ReSpONs@yahoogroups .com
Sent: Friday, September 12, 2008 11:08 AM
Subject: Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
betul ler, saya sokong betul kata2 honey julia..nape lah kak siti ckp cm tuh..tu biasalah, setiap org mst ada naik dan jatuhnyer.. myb kak siti lum rasa saat2 kejatuhan lagi kot, sbb tulah kak siti ckp lepas jer..sy bukanlah minat siti tp klu nk kutuk org biarlah berpada2 sikit.. kalau siti mandul pun tu masalah dia, yg akak risau sgt nape? nasib akak baik klu akak kawin ada anak tau, tp klu tetiba anak akak kawin xdpt anak, apa perasaan akak?sanggup ker akak tuduh anak akak mandul? heheheh..sori yer kak siti, tulisan yg penuh emosi skit..cuma nk igtkan akak, kata2 tu biar lah beralas sikit..sbb kt dunia ni ramai lagi orang kawin xde anak...
effaeffaeffaeffaeff aeffaeffaeffaeff aeffaeffaeffaeff aeffaeffaeffaeff aeffa
----- Original Message ----
From: honey julia <honeyjulia@yahoo. com>
To: ReSpONs@yahoogroups .com
Sent: Friday, September 12, 2008 9:18:58 AM
Subject: Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
awak ni bercakap mcm tak puasa yer? satu lagi.. ayat2 awak ni menghina..
ingat.. bila2 saja Allah pusingkan balik kata2 awak.. mungkin tak akan kena dekat awak..
tapi anak2 awak? saudara mara awak?..
renung2kan.. dan selamat beramal
----- Original Message ----
From: siti shartiyah <shartiyah@yahoo. com>
To: ReSpONs@yahoogroups .com
Sent: Thursday, September 11, 2008 11:40:06 PM
Subject: Re: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
siti dah di ambang kejatuhan... ......... .. atas kesilapan sendiri.
selepas kes sharipah aini dan di cop perampas suami orang.
padan muka.
balik duduk di rumah saja la jaga laki.
khabar angin mengatakan siti tu mandul. sebab tue tak ada anak la
dulu bekas isteri si K TUE ada beberapa orang anak tapi dengan siti tak ada anak.
siti mandul penah nampak dia di hospital buat IVF.
--- On Thu, 9/11/08, umar faruqi <faruqi03@yahoo. com> wrote:
From: umar faruqi <faruqi03@yahoo. com>
Subject: [ReSpONs] "Minta maaf Datuk Siti"
To: respeks@yahoogroups .com, tipah@yahoogroups. com, kayangan@yahoogroup s.com, SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, mahligai@yahoogroup s.com, bersamamu@yahoogrou ps.com, blalang_group@ yahoogroups. com, keluarga_melayu@ yahoogroups. com, keluarga02@yahoogro ups.com, melayucyber@ yahoogroups. com, melayusiber@ yahoogroups. com, rampai_iklan@ yahoogroups. com, respons@yahoogroups .com, kejayaan_sihatceria @yahoogroups. com, uitm-melaka@ yahoogroups. com, azhariyeeiin@ yahoogroups. com, iklanbebasku@ yahoogroups. com, usahawan_cyberia@ yahoogroups. com, MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com, mymasjid@yahoogroup s.com
Date: Thursday, September 11, 2008, 3:18 PM
"Minta maaf Datuk Siti"01 Sep 2008 1:32PM
Oleh Haryani Ismail, BHS
Rabu, 06 Ogos 2008
DARI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS -- APABILA ada wartawan dengan selambanya mengulas: 'Tetapi awak tak popular di Malaysia...' sekitar 10 minit selepas Nicholas Teo menjulang piala Anugerah MTV Asia (Artis Malaysia Paling Digemari), pemuda berusia 26 tahun itu cepat 'menepisnya' .
'Siapa kata? Walaupun saya lebih dikenali di Taiwan, saya tetap ada penyokong setia di negara kelahiran saya, Malaysia. Saya terkejut tetapi gembira tampil sebagai artis pop Mandarin pertama di Malaysia untuk memenangi anugerah ini,' katanya di sidang akhbar di Hotel Theme Park, Genting Highlands, Sabtu lalu.
Nicholas, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang bakatnya mula dikesan selepas menjuarai satu pertandingan adubakat antara mahasiswa di Taiwan, mencipta sejarah, bahkan, menewaskan ikon Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.
Dua lagi calon bagi kategori tersebut ialah Faizal Tahir dan kumpulan Pop Shuvit.
Sedang Datuk Siti dijangka menang pada awalnya, wartawan- wartawan pop Mandarin telah menduga kemenangan Nicholas sebab menurut mereka, 'beliau besar di pasaran Taiwan!'
Lungsuri saja laman Internet. Banyak laman mengenainya yang aktif menyanyi sejak 2004.
Ditanya perasaannya mengatasi Datuk Siti, Nicholas tersengih dan berkata: 'Saya memang peminat 'gila' Datuk Siti. Justeru, saya nak kata: Minta maaf banyak-banyak Datuk! Saya minta maaf (kerana merampas takhta anda).'
Kemenangan Nicholas ternyata tidak menggugat semangat Datuk Siti, yang tidak hadir di majlis yang julung-julung kalinya dihoskan Malaysia atas sebab undangan lain yang perlu dipenuhi.
'Siti percaya pada rezeki masing-masing dan memang menjangkakan kemenangan Nicholas. Populariti dan peminat Nicholas bukan tertumpu di Malaysia tetapi di China dan Taiwan.
'Siti yakin beliau meraih sokongan peminat dari kedua-dua negara ini. Tahniah daripada Siti buat Nicholas,' ujar Datuk Siti, menerusi SMS-nya kepada Ekstra.
Sedang Datuk Siti harus mengalah kepada Nicholas, 'Puteri Pop Singapura', Stefanie Sun, pula merebut Anugerah MTV Asia (Artis Singapura Paling Digemari) semula selepas gagal mempertahankan takhtanya tahun lalu.
Antara 2002 dengan 2005, Stefanie tidak mampu ditandingi tetapi di puncak fenomena Idola Singapura, Taufik Batisah, mengatasi Stefanie pada 2006 sebagai 'Artis Singapura Paling Digemari'.
Tahun ini, Taufik tidak dicalonkan.
Stefanie, 30 tahun, yang menewaskan Electrico, JJ Lin dan Tanya Chua, dengan yakin berkata:
'Setiap artis yang datang ke anugerah ini harus tampil dengan keyakinan dia akan menang. Kekalahan tidak terlintas di minda saya. Namun, bagi saya, rakan-rakan lain yang dicalonkan tetap mempunyai bakat yang menakjubkan. '
Yovie & Nuno, band Indonesia 'empat sekawan' yang popular dengan lagu-lagu seperti Janji Suci, Dia Milikku dan Menjaga Hati, pula menyifatkan faktor perbezaan bahasa (antara penutur Malaysia/Singapura dan Indonesia) sebagai benteng untuk mereka menembusi pasaran di Malaysia dan Singapura.
Lagu-lagu daripada album ketiga mereka, The Special One, ternyata begitu popular sehingga dimuatturunkan sebanyak sejuta kali untuk nada deringan telefon bimbit pendengar serata Indonesia.
ym : mr_respeks
weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment