20090415

Fairus Pula Hilang

PULAU PINANG [4.53 pm] -Nampaknya kemelut politik terbaru bakal melanda Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 iaitu YB Fairus Kamaruddin (foto) baru-baru ini.

Tambah mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu setakat ini masih tidak mengemukakan permohonan bercuti daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadual bermula 20 April. "Setakat ini, tiada sebarang permohonan untuk bercuti dikemukakan Adun Penanti itu," kata Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini, Abdul Halim berkata, permohonan cuti masih boleh dibuat sehari sebelum sidang Dewan bermula jika Mohammad Fairus berhasrat untuk tidak menghadiri sesi DUN kali ini. "Beliau perlu memaklumkan kepada Setiausaha Dewan dan saya sendiri jika berhasrat untuk bercuti," katanya.

Sejak mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 pada pertengahan bulan lalu, Mohammad Fairus tidak dapat dihubungi dan tidak diketahui berada di mana ketika ini.

Abdul Halim berkata, seseorang Adun perlu menghadiri sesi persidangan DUN untuk sesuatu penggal sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keanggotaannya sebagai Adun terlucut dan kerusi itu dianggap dikosongkan.

"Seseorang Adun dikira sudah menghadiri sidang Dewan untuk penggal berkenaan walaupun dia datang hanya lima minit sahaja. Menurut perlembagaan, jika Dewan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan, secara automatik Dewan juga akan terbubar dengan sendirinya," katanya.

-- Pahang Daily

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com