KUALA LUMPUR 16 April - Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kembali bertugas hari ini, namun kehilangan bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Hilmi masih menjadi misteri.
Sehingga hari ini, lokasi di mana lelaki yang berusia 32 tahun itu berada masih gagal dikesan.
Dia merupakan satu-satunya individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang mencetuskan kontroversi pada Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya yakin Hilmi akan pulang tidak lama lagi walaupun dia tidak muncul sehingga kini.
"Kita telah minta bantuan Interpol untuk menjejakinya. Malah, waran tangkap pun polis keluarkan. Kita tunggulah dia pulang.
"Dia bukannya penjenayah yang dikehendaki, cuma seorang individu yang kita perlukan untuk membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor memutuskan supaya Exco Kerajaan Negeri itu bercuti sehingga polis selesai menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang tersebar di Internet.
Sebelum ini, Elizabeth yang mengaku gambar-gambar tersebut adalah wajahnya menawarkan diri untuk melepaskan kedua-dua jawatan itu dalam satu surat yang dihantar kepada kerajaan negeri pada 17 Februari lalu.
Utusan
No comments:
Post a Comment