20090417

Tiga calon bebas kongsi pentas ceramah

Tiga calon bebas bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau sepakat untuk berceramah dan berkempen secara serentak di atas pentas yang sama malam tadi.

Mereka ialah A.Jayagopal (lambang payung), Abdul Rahim Abu (jam) dan Radzi Mat Lazim (kerusi).

Ketiga-tiganya berkongsi pentas untuk menyampaikan ceramah kempen mereka kepada orang ramai di Sungai Lalang, malam tadi.

Seramai 15 calon bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut, termasuk 13 calon bebas.

Dua lagi adalah calon BN, Datuk S Ganesan dan calon PKR, S Manikumar.

Bagaimanapun, menurut Bernama, ceramah itu hanya dihadiri oleh kira-kira 20 orang sahaja.

Ceramah mereka - kesemua bekas ahli PKR - lebih tertumpu kepada kritikan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka banyak memperkatakan tentang sikap Anwar yang didakwa menguasai PKR tanpa mendengar suara ahli di peringkat akar umbi.

Antaranya mereka mendakwa Anwar menjadikan PKR seperti parti miliknya sendiri.

Mereka juga mendakwa, Anwar memilih calon PKR untuk bertanding pada pilihanraya mengikut sesuka hatinya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com