20090512

11 ditahan kes kehilangan beg Menteri

JOHOR BAHRU: Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes kehilangan beg bimbit Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pengawal keselamatannya di Taman Perling, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata semua lelaki terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki kira-kira jam 5 petang, mendakwa cermin kenderaan pelbagai gunanya (MPV) yang diletakkan di Taman Perling dipecahkan dan beberapa barangan di dalamnya hilang.

"Lelaki itu mendakwa antara barangan yang hilang dipercayai dicuri ialah beg bimbit milik Datuk Seri Ong (Tee Keat) dan pengawal keselamatannya," katanya di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, 11 individu terbabit ditahan di sekitar Taman Perling dan polis sudah merekodkan keterangan daripada mereka.

"Hubungan lelaki yang membuat aduan itu dengan Menteri Pengangkutan ialah rakan dan polis setakat ini belum merekodkan keterangan daripada Datuk Seri Ong," katanya.

Difahamkan, Ong yang juga Pengerusi MCA Johor berada di bandar raya ini, atas urusan parti dan dikatakan berjumpa dengan beberapa pemimpin MCA di kawasan berkenaan.

Selain itu, beg bimbit berkenaan juga tidak mempunyai sebarang barangan berharga atau wang tunai, cuma ada fail dan dokumen berkaitan kementerian serta parti.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com