20090512

BN akan rayu, rakyat Perak perlu bertenang: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan merayu secepat mungkin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Perdana Menteri juga berharap rakyat Perak bertenang dan tidak terlalu teruja kerana masalah itu akan diselesaikan.

"Cuma saya nak katakan kita rasa ada kes dan asas yang kuat, maka kita akan membuat rayuan," katanya kepada pemberita di sini, petang ini.

Ditanya kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri, Najib berkata:

"Ia adalah bidang kuasa Sultan Perak".

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com