20090512

Nizar tak balik Ipoh untuk hadap Sultan: Amran

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan kembali ke Perak hari ini kerana mempunyai beberapa program di ibu negara sepanjang hari.

Pegawai Khasnya, Amran Harun, sehubungan itu menafikan Mohammad Nizar akan berusaha untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Kinta petang ini, bagi mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Beliau (Nizar) bagaimanapun akan menghadiri jemputan majlis pengurniaan pingat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pagi esok, bukannya mahu mengadap tuanku untuk minta bubar DUN," katanya ketika dihubungi hari ini.

mran sehubungan itu meminta orang ramai dan media tidak mempercayai khabar angin, sebaliknya mendapatkan pengesahan beliau.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com