Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagaimanapun menegaskan, soal sama ada pilihan raya negeri itu perlu diadakan atau tidak ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak.
"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya hari Khamis.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu.
“Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” kata Anwar.
Menurut Najib, pilihan raya baru di Perak adalah merupakan salah satu pilihan yang ada dalam mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus dilaksanakan.
Namun jelasnya, keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah. – 14/5/2009
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
20090514
BN tak gentar jika pilihan raya di Perak - Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment