20090513

DIARI TURUN PADANG KJ DI REMBAU 25 APRIL 2009

Berita: Rizuan
Gambar: Shaharizan


9.00 pagi - Hari Anugerah Kecemerlangan Sek. Men. Agama Pedas

Hari Anugerah Kecememerlangan Sek. Men. Agama Pedas telah diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar cemerlang SPM (9A-12A) dan PMR (9A) tahun 2008 yang lalu di sekolah tersebut serta anugerah pelajar yang aktif dan cemerlang dalam ko-kurikulum. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datin Hjh Naemah Bt Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Tuan Haji Nur Nikman Bin Haji Zubair, Pengerusi PIBG SMKA Pedas serta Pengetua Cemerlang SMKA Pedas selaku tuan rumah, Datin Hjh Zakiah Bt. Kasim.

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 200 orang yaang terdiri daripada para Pengetua, Guru-guru, ibu bapa serta para pelajar cemerlang sekolah tersebut. Dalam keputusan SPM yang laalu, seramai 16 orang pelajar telah mencapai kejayaan yang cemerlang, dan bagi peperiksaan UPSR pula, 24 orang pelajar telah mencapaai keputusan 9A.

Dalam ucapan Beliau, Sdr. Khairy Jamaluddin menekankan betapa pentingnya pendidikan hari ini, dan adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang demi masa depan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Beliau juga berharap agar para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan SPM dan PMR 2009 tidak lama lagi, untuk menjadikan kejayaan yang dicapai oleh abang dan kakak mereka di Sekolah tersebut sebagai perangsang untuk mereka lebih berusaha mencatat kejayaan yang lebih baik.


Kehadiraan ibu bapa adalah penting untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak untuk terus berjaya.

Sdr. Khairy sentiasa menekankan kecemerlangan pendidikan untuk para pelajar di kawasan Parlimen Rembau.

Turut berada di Pentas: Pengetua, Wakil PPN, Pegawai PPD Rembau dan Pengerusi PIBG.

Menyampaikan hadiah kepada salah seorang Pelajar Cemerlang

Menyampaikan hadiah kepada salah seorang Pendidik Cemerlang


11.00 pagi - Gotong Royong Perdana dan Lawatan Selepas Banjir di Kampung Paroi


YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan telah meluangkan masa untuk turun padang bagi meninjau sendiri masalah dan kerosakan yang berlaku akibat kejadian banjir yang seringkali berulang di Kg. Paroi. Untuk rekod, kejadian banjir telah melanda kampung tersebut 2 kali dalam tempoh 2 bulan.

Dalam majlis ringkas yang diadakan di kampung tersebut, YAB Menteri Besar telah bersetuju untuk menurunkan peruntukan bagi membaikpulih dan menguatkan tebing sungai serta mendalamkan sungai berhampiran bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku.

Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau turut menyatakan rasa simpati beliau di atas kerosakan dan kehilangan harta benda yang dialami penduduk. Dalam masa itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bencana sebanyak RM400 setiap rumah yang terlibat bagi meringankan bebanan yang dialami mereka.

Menteri Besar bertanyakan sesuatu kepada penduduk tentang aktiviti gotong royong yang dilaksanakan.

Menteri Besar dan Ahli Parlimen Rembau meninjau hasil kerja pembaikan tebing sungai seperti yang dilaporkan oleh Ahli Parlimen Rembau sebelum ini. (rujuk berita Tuesday, March 3, 2009)

Tidak Kekok: Membonceng motosikal salah seorang penduduk bagi melihat kawasan sekitaar.

Terima Laporan: Salah seorang petugas menerangkan kepada Menteri Besar tentang status kerja-kerja pembersihan sungai yang sedang dijalankan.

Pemuda Rembau sentiasa bersedia dalam membantu kerja-kerja amal dan sukarela

Beramah mesra dengana salah seorang penerima bantuan

Para penduduk mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan kedua-dua Wakil Rakyat BN di Bahagian Rembau

Sekitar sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan


1.30 petang - Melawat Pusat Pembenihan Udang Galah di Kg. Sungai Timun


Pusat pembenihan udang galah di Kg. Sungai Timun adalah salah satu produk baru Industri Asas Tani di Parlimen Rembau yang membekalkan anak benih udang galah kepada penternak. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2008, dan dijaangka akan mengeluarkan hasil pertama dalam bulan Mei nanti.

Menurut En. Wan, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dan Pengusaha, En. Abdul Halim, benih yang bakal dihasilkan oleh pusat pembenihan ini apabila mencapai 100% kapasiti pengeluaran, akan menjadi pembekal benih udang galah yang terbesar di Malaysia.

Bagi mereka yang belum lagi berkunjung ke jeti Kg. Sungai Timun, kampung ini memang terkenal dengan hasil Udang Galah yang boleh diperolehi di sepanjang sungai tersebut. Selain itu, Persatuan Nelayan Kg. Sungai Timun turut menawarkan pekej menarik bagi membawa kaki-kaki pancing ke lubuk udang galah dan melihat kunang-kunang pada sebelah malamnya.


Mendengar penerangan Abdul Halim, Pengusaha benih udang galah di Kg. Sungai Timun

Melihat benih udang yang baru sahaja menetas

Tangki ini menempatkan induk udang galah yang ingin disenyawakan

Benih udang di dalam tangki ini sudah mencapai separa matang dan bakal dipasarkan tidak lama lagi

Sdr. Khairy mendengar ulasan En. Wan yang Jabatan Perikanan sentiasa memberi nasihat dari segi teknikal dan kewangan bagi menjayakan projek terbesar ini


2.00 petang - Lawatan dan Ziarah

Menziarahi Dato' Awalludin, bekas AJK UMNO Bahagian Rembau yang baru menjalani rawatan jantung bersama AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Menziarahi Tuan Haji Bayan, Pengerusi JKKK Kg. Sawah Raja yang baru keluar dari hospital selepas diserang sakit jantung

Menziarahi keluarga Arwah Rahman Jono, Ketua UMNO Cawangan Terentang yang meninggal dunia semasa Pemilihan UMNO Malaysia baru-baru ini.

Antara Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang turut hadir menziarahi keluarga arwah

Tuan rumah bermurah hati menjamu tetamu yang hadir


3.30 petang - Perjumpaan dengan Ketua UMNO Cawangan DUN Chembong

Majlis ini telah diadakan di rumah Tuan Haji Mohd Taf, Ketua UMNO Cawangan Kundur Hulu yang telah dihadiri oleh ketua-ketua cawangan di DUN Chembong yang berkesampatan. Majlis ini diadakan adalah untuk para pemimpin di peringkat cawangan untuk beramah mesra dengan Sdr. Khairy disamping mengutarakan aduan dan masalah yang dihadapi di kampung mereka serara santai.

Majlis yang penuh dengan semangat kekeluargaan ini amat memberi makna buat Sdr. Khairy kerana disamping bertukar-tukar paandangan dan maklumat, nasihat-nasihat yang datang daripada pemimpin cawangan yang boleh dianggap bapa ini amat beliau hargai.

Beliau juga berharap agar majlis-majlis santai seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa yang akan datang.

Berkongsi cerita sebelum majlis dimulakan

Tuan Haji Mohd Taf selaku tuan rumah mempengerusikan majlis dengan baik dan sentiasa berjenaka dengan Sdr. Khairy bagi menghidupkan suasana

Tn. Haji Mohd Taf mengalu-alukaan soalan daripada Ketua-ketua cawangan untuk dijawab oleh Sdr. Khairy

Sdr. Khairy menerangkan keadaan semasa yang sedang berlaku dan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh pemimpin masyarakat desa

Tuan Haji Sulaiman mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Sdr. khairy di atas kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia


5.30 petang - Mendengar Aduan Penjaja Kecil di Taman Pedas Perdana

Penjaja kecil yang berniaga di tepi jalan masuk ke taman tersebut meminta agar YB Sdr. Khairy dapat membantu masalah mereka yang diminta berpindah oleh pihak berkuasa tempatan. Memandangkan keadaan kegawatan ekonomi yang semakin meruncing ini, mereka meminta agar permintaan mereka untuk terus kekal dapat dipertimbangkaan sewajarnya.

Setelah mendengar masalah yang dihadapi oleh peniaga tersebut, Sdr. Khairy menyatakan kesediannya untuk berbincang dengan pihak yaang berkaitan bagi membantu para peniaga tersebut.


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com