Topics in this digest:
1. Ku Li sokong DUN Perak dibubar
From: mr nobody
2. Anak haram rampasan kuasa
From: mr nobody
3a. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
From: aiman_ijam
3b. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
From: aiman_ijam
3c. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
From: aiman_ijam
3d. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
From: aiman_ijam
3e. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
From: aiman_ijam
4. Pernyataan Solidaritas PRP Bagi Korban Tragedi 13 Mei 1998
From: Perhimpunan Rakyat Pekerja
Messages
________________________________________________________________________
1. Ku Li sokong DUN Perak dibubar
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Tue May 12, 2009 3:13 am ((PDT))
Ku Li sokong DUN Perak dibubar
May 12, 09 9:28am
Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.
Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.
"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.
Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.
Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.
Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."
Tambahnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.
"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.
"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.
"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."
Berhubung dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan tapak web peribadi anda? Buat Pingbox terkini anda hari ini! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Anak haram rampasan kuasa
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Tue May 12, 2009 3:29 am ((PDT))
Anak haram rampasan kuasa
Foto Nasir Sudin
Mon | May 11, 09 | 11:22:27 am MYT
Walaupun tidak ramai yang sempat memakai baju hitam pada 7 Mei lalu - kerana sebahagiannya sudah ditahan di sekitar bangunan yang menempatkan Dun Perak di Ipoh, dan ada pula yang ditangkap lebih awal lagi, seperti Mohamad Sabu dan Wong Chin Huat - namun ia memang akan tercatat dalam sejarah politik negara ini sebagai hari hitam gelap-gelita buat amalan demokrasi.
Iklan
Hanya dengan alasan kecil, itu pun bagi mempastikan rancangan Umno-BN untuk mempertahankan rampasan kuasa mereka tidak diganggu, maka hak asasi warga dicabul semahunya. Tangkapan dibuat sewenang-wenangnya.
Polis telah diperkakaskan BN
Untuk kesekian kalinya, pasukan polis telah diperkakaskan oleh Umno-BN bagi menyempurnakan keserakahan kuasa mereka, sehingga segala peraturan dan undang-undang tidak lagi dihormati.
Ya ... memakai baju hitam dan saranan agar umat Islam bermunajat serta menunaikan solat hajat, di pagi Khamis itu, pun sudah menjadi satu kesalahan besar.
Mat Sabu ditahan di depan sebuah restoran berdekatan pejabat Harakah secara tidak beradab. Masjid dan surau sekitar Manjoi, Ipoh dikepung polis dan FRU.
Lokasi dalam radius 500 meter di sekitar kawasan Dun Perak menjadi tempat larangan, satu lagi bentuk pencabulan ke atas kebebasan berhimpun, hinggakan ada yang hanya mahu minum pagi di restoran mamak dekat Wiswa DAP dan pejabat PAS Perak pun digari.
Pincang dan songsang
Benar sekali perumpamaan pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari bahawa "apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu".
Segalanya pincang dan songsang.
Keserakahan nafsu politik BN untuk mengekalkan kuasa yang dirampas dari Pakatan Rakyat nampak cukup hodoh. Selalunya apabila terlalu gopoh dan gelojoh, banyaklah tindakan yang menjolok mata, hilang rasionalnya, dan menjadi bahan ketawa orang.
"Anak-anak haram" yang dilahirkan sejak rampasan kuasa awal Februari lalu memang membawa masalah. Status Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, barisan Exconya, dan kini speaker Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu hanya merumitkan lagi keadaan.
Peraturan sidang Dun bukan sahaja tidak dihormati, malah Speaker yang masih sah, V Sivakumar dicekek lehernya, diheret keluar secara kasar oleh anggota polis berpakaian preman, dan dikurung dalam stor sehingga sidang haram itu ditangguhkan!
Sidang Dun belum pun bermula
Kita bengong memikirkan, bila pula sidang itu bermula secara rasminya sedangkan Raja Muda hanya bertitah pada sebelah petang. Dengan itu, segala prosiding, seperti perlantikan Speaker baru yang didahulukan oleh rampasan kuasa oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong, Adun Jelapang, jelas tidak sah.
Sivakumar memang seorang wira pada hari gelita itu. Selama hampir enam jam beliau tidak berehat, keluar ke tandas, juga untuk makan tengahari, demi menjaga "kerusinya" daripada dirampas BN.
Meskipun berdepan pelbagai halangan dan tekanan psikologi, di samping kekerasan fizikal, Speaker Dun Perak itu terbukti tidak mudah mengalah. Tegas dengan keputusannya, beliau tetap tidak berganjak.
Wira hebat di kala genting
Bukan calang orang yang dapat menanggung beban tugas dalam waktu yang segenting itu. Begitu juga dengan semangat setiakawan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wakil-wakil rakyat Dun dan Parlimen, yang datang memberi sokongan moral sehingga menyebabkan sebahagian mereka ditahan.
Insiden 7 Mei itu turut menambahkan lagi koleksi bukti-bukti bahawa tiada pilihan lebih baik selain membubarkan Dun bagi mendapatkan semula mandat baru rakyat.
Raja Nazrin, yang diakui bijaksana dan berpandangan jauh, menyaksikan sendiri bagaimana krisis yang berlarutan itu perlu segera ditamatkan. Mahkamah mungkin ada jalan keluar tersendiri, namun solusi terbaik tetap merujuk suara rakyat._
Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3a. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
Posted by: "aiman_ijam" aiman_ijam@yahoo.com aiman_ijam
Date: Tue May 12, 2009 7:12 am ((PDT))
everybody must come here..i have something for you
you want to know ,come here and enjoy.....
clicks here http://xpres2u.blogspot.com
http://xpres2u.blogspot.com
thank you for coming.
Messages in this topic (5)
________________________________________________________________________
3b. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
Posted by: "aiman_ijam" aiman_ijam@yahoo.com aiman_ijam
Date: Tue May 12, 2009 7:12 am ((PDT))
everybody must come here..i have something for you
you want to know ,come here and enjoy.....
clicks here http://xpres2u.blogspot.com
http://xpres2u.blogspot.com
thank you for coming.
Messages in this topic (5)
________________________________________________________________________
3c. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
Posted by: "aiman_ijam" aiman_ijam@yahoo.com aiman_ijam
Date: Tue May 12, 2009 7:14 am ((PDT))
everybody must come here..i have something for you
you want to know ,come here and enjoy.....
clicks here http://xpres2u.blogspot.com
http://xpres2u.blogspot.com
thank you for coming.
Messages in this topic (5)
________________________________________________________________________
3d. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
Posted by: "aiman_ijam" aiman_ijam@yahoo.com aiman_ijam
Date: Tue May 12, 2009 7:14 am ((PDT))
everybody must come here..i have something for you
you want to know ,come here and enjoy.....
clicks here http://xpres2u.blogspot.com
http://xpres2u.blogspot.com
thank you for coming.
Messages in this topic (5)
________________________________________________________________________
3e. GOOD NEWS ...ITS VERY HOT...HURRY COME HERE NOW!!!!
Posted by: "aiman_ijam" aiman_ijam@yahoo.com aiman_ijam
Date: Tue May 12, 2009 7:14 am ((PDT))
everybody must come here..i have something for you
you want to know ,come here and enjoy.....
clicks here http://xpres2u.blogspot.com
http://xpres2u.blogspot.com
thank you for coming.
Messages in this topic (5)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Pernyataan Solidaritas PRP Bagi Korban Tragedi 13 Mei 1998
Posted by: "Perhimpunan Rakyat Pekerja" prp_pusat@yahoo.com prppusat
Date: Tue May 12, 2009 7:13 am ((PDT))
PERNYATAAN SOLIDARITAS
PERHIMPUNAN RAKYAT
PEKERJA
Nomor: 071/PS/KP-PRP/ e/v/09
Tragedi 13-14 Mei 1998 adalah
Tumbal dari Krisis Kapitalisme Global
dan Krisis Kekuasaan Borjuasi
Nasional
Salam rakyat
pekerja,
Meski telah berlalu
11 tahun lalu, Tragedi 13-14 Mei 1998 sampai saat ini masih hidup dalam
ingatan masyarakat Jakarta, Tangerang, Medan, Solo, Palembang, yang pada hari
itu terjadi peristiwa dengan pola yang sama: pembakaran toko, provokasi
penjarahan, dan pengrusakan, serta adanya kekerasan seksual terhadap
perempuan Tionghoa. Sekalipun telah dibentuk Tim Gabungan Pencari Fakta (TGPF)
Kerusuhan 13-15 Mei 1998, melalui Surat Keputusan Bersama Menteri Pertahanan
Keamanan/Panglima Angkatan Bersenjata Republik Indonesia, Menteri Kehakiman,
Menteri Dalam Negeri, Menteri Negara Peranan Wanita, dan Jaksa Agung untuk
mengungkap fakta dan latar belakang Kerusuhan Mei 1998, tetapi peristiwa itu
sendiri masih diliputi misteri dan meninggalkan luka batin mendalam di hati para
korban. Hingga saat ini Tragedi 13-14 Mei 1998 menjadi misteri dalam sejarah
reformasi di Indonesia.
Patut diingat bahwa
Tragedi 13-14 Mei 1998 berada dalam konteks krisis yang di Indonesia populer
disebut krisis moneter dan krisis kekuasaan pascapemilu 1997. Krisis moneter
saat itu merupakan krisis dari kapitalisme global pula, di mana harga-harga
barang konsumsi melompat tinggi, sedangkan PHK massal terjadi hampir serentak
dan mendadak. Ibu-ibu rumah tangga kelas pekerja menjerit, bahkan sebagian dari
mereka tak mampu membelikan susu buat anak-anaknya. Berita tentang bunuh diri
sebagai ungkapan frustasi hidup, makin sering kita baca di surat kabar.
Sedangkan penguasa oligarki Orde Baru dalam kecemasan diguncang oleh krisis
ekonomi dan gerakan perlawanan yang dipimpin oleh mahasiswa. Dalam konteks
ekonomi-politik yang krisis, terjadilah kerusuhan Mei 1998 yang menelan banyak
korban dan menghitamkan kembali sejarah Indonesia setelah yang pernah terjadi
pada Tragedi 1965.
Berdasarkan laporan
TGPF yang bekerja pada 23 Juli - 23 Oktober 1998, dan terdiri dari unsur Tim
Relawan untuk Kemanusiaan, Organisasi Hak Asasi Manusia, Kehakiman, Kejaksaan,
militer, dan LIPI mendapatkan temuan bahwa:
Terdapat indikasi
bahwa kerusuhan adalah disengaja, dengan melibatkan banyak pihak baik sebagai
massa aktif maupun provokator untuk mendapatkan keuntungan pribadi atau
kelompok.
Korban dari Kerusuhan
Mei 1998 adalah orang-orang yang menderita secara fisik dan psikis, karena
kerugian fisik/mental akibat rumah atau tempat usahanya dirusak, dibakar, dan
hartanya dijarah, meninggal dunia saat terjadinya kerusuhan yang dikarenakan
oleh berbagai penyebab, yaitu terbakar, tertembak, teraniaya; kehilangan
pekerjaan, penganiayaan, penculikan, serta menjadi sasaran tindak kekerasan
seksual
Telah terjadi
kekerasan seksual, termasuk perkosaaan dalam Kerusuhan 13-15 Mei 1998 yang
dilakukan terhadap sejumlah perempuan oleh sejumlah pelaku di berbagai tempat
yang berbeda, pada waktu yang sama atau hampir bersamaan, yang terjadi secara
spontan karena situasinya mendukung atau direkayasa oleh kelompok tertentu
dengan tujuan tertentu. Korban adalah penduduk Indonesia dengan berbagai latar
belakang, yang diantaranya kebanyakan adalah etnis
Cina
Sebagai laporan resmi
negara, temuan TGPF itu secara prinsip justru diingkari oleh
penyelenggara negara, sebab tidak pernah ada tindak lanjut ke arah penyelidikan
pihak yang bertanggungjawab atas kerusuhan. Penanggung jawab kerusuhan hanya
berhenti pada orang yang disebut "provokator". Namun siapakah yang menyuruh
provokator melakukan tindakan brutal? Kemana aparatus keamanan (militer dan
kepolisian) yang pada 12 Mei 1998, saat terjadi penembakan mahasiswa Universitas
Trisakti, memadati Jakarta, tapi justru ketika terjadi Kerusuhan Mei 13-14 Mei
1998 lenyap seperti ditelan bumi? Jakarta seperti kota tanpa komando pengamanan
yang melindungi rakyat. Sebaliknya rakyat pada masa itu dibiarkan dalam keadaan
panik, takut, dan tidak mengerti apa yang sebenarnya terjadi.
Perlu diketahui bahwa
kebanyakan keluarga korban yang tinggal di kampung-kampung Jakarta, seperti
Jatinegara, Klender, Grogol, dan sebagainya, adalah rakyat pekerja, yang
sehari-hari menjadi buruh tidak tetap. Sebagian perempuan yang menjadi Ibu dari
anak-anak yang terbakar di dalam mal-mal adalah buruh cuci pakaian, buruh yang
bekerja di rumah tangga orang lain. Sedangkan perempuan yang mengalami kekerasan
seksual pada saat itu adalah juga kaum pekerja yang sampai detik ini masih
diliputi rasa tidak aman dan ketakutan.
Menyimak adanya
konteks krisis kapitalisme dan politik kekuasaan pada masa itu, gambaran tentang
pola kekerasan dan korban, serta dibekukannya Tragedi Mei 1998 sebagai misteri
sejarah reformasi di Indonesia, dengan ini kami menegaskan bahwa kapitalisme
telah membawa kesengsaraan dan kemiskinan bagi rakyat Indonesia. Kapitalisme
telah terbukti gagal dalam mensejahterakan rakyat Indonesia dan harus
dihancurkan. Hanya dengan SOSIALISME lah rakyat Indonesia akan mencapai
kesejahteraannya.
Atas dasar fakta
mengenai Tragedi 13-14 Mei 1998 itu, kami Perhimpunan Rakyat Pekerja menyatakan
sikap politik:
Kami menyatakan
dukungan kepada Gerakan Keluarga Korban Tragedi Mei 1998 untuk tetap berjuang
menuntut keadilan dan hak, baik bagi yang telah mati maupun masih hidup, melalui
berbagai mekanisme instrumen hak asasi manusia, memorisasi tragedi ini dalam
bentuk kegiatan kebudayaan, dan penguatan kolektif dalam organisasi yang
progresif
Kami menuntut kepada
Negara agar ada tindak lanjut dari laporan TGPF untuk menyelidiki pelaku dan
penanggung jawab Tragedi 13-14 Mei 1998 serta mengadili mereka. Selain itu
negara memberikan rehabilitasi dan permintaan maaf kepada
korban.
Kami menegaskan bahwa
Tragedi 13-14 Mei 1998 adalah koeksiden dari krisis kapitalisme global
dan krisis kekuasaan borjuasi nasional, termasuk militer yang menjadikan rakyat
pekerja sebagai tumbal jalan keluar dari krisis.
Kami menegaskan bahwa
krisis kapitalisme global dan krisis politik borjuasi nasional pada 1998
berakumulasi pada krisis kapitalisme global dan krisis kekuasaan borjuasi
nasional saat ini.
Jakarta
12 Mei 2009
Komite Pusat
Perhimpunan Rakyat Pekerja
(KP-PRP)
Ketua
Nasional
(Anwar Ma'ruf)
Sekretaris
Jenderal
(Rendro
Prayogo)
#yiv357895197 #yiv7862802 #yiv532688086 #yiv575257560 #yiv1408316507 _filtered {margin:0.79in;}#yiv357895197 #yiv7862802 #yiv532688086 #yiv575257560 #yiv1408316507 P {margin-bottom:0.08in;}-->___*****___Sosialisme Jalan Sejati Pembebasan Rakyat Pekerja!
Sosialisme Solusi Bagi Krisis Kapitalisme Global!
Bersatu Bangun Partai Kelas Pekerja!
Komite Pusat
Perhimpunan Rakyat Pekerja
(KP PRP)
JL Gading Raya Gg. Gading IX No. 12, Pisangan Lama, Jakarta Timur
Phone/Fax: (021) 47881632
Email: komite.pusat@prp-indonesia.org / prppusat@gmail.com / prppusat@yahoo.com
Website: www.prp-indonesia.org
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment