Topics in this digest:
1. Re: (INGATAN) Ibu bapa berlainan agama perlu diberi peluang besarkan
From: Ahmad
Message
________________________________________________________________________
1. Re: (INGATAN) Ibu bapa berlainan agama perlu diberi peluang besarkan
Posted by: "Ahmad" ahmus@yahoo.com ahmus
Date: Fri May 15, 2009 12:35 am ((PDT))
Analisis dan Penerangan dari HTM boleh menjelaskan lagi isu ini
DEMI UNDI, AGAMA ALLAH DIUBAH SESUKA HATI!
[SN181] Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 April lepas
telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal
walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.
Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di mana beliau selanjutnya
mengisytiharkan bahawa mesyuarat kabinet juga telah memutuskan bahawa
mana-mana perkahwinan yang didaftarkan menerusi proses sivil tidak akan
terbatal secara automatik sekiranya salah satu pasangan itu bertukar
kepada agama Islam dan dia mesti menyelesaikan segala isu berkaitan
perceraian dan penjagaan anak di Mahkamah Sivil dan bukannya di
Mahkamah Syariah..
Kabinet dikatakan membuat keputusan itu berdasarkan pandangan daripada
Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh
Tsu Koon yang turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.
Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),
Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil [UM
24/04/09]. Dalam komennya, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria
meluahkan rasa dukacitanya dengan keputusan Kabinet tersebut yang boleh
menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau
menambah dengan mengatakan bahawa agama Islam tidak seharusnya
dikorbankan hanya kerana hendak memuaskan kehendak pihak-pihak
tertentu. Katanya, "Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita
untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini."
[UM 25/04/09].
(klik di sini untuk artikel penuh)
Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.
Ahmus
--- On Thu, 5/14/09, OraNg KaMpoNg <faruqi2001@yahoo.com> wrote:
From: OraNg KaMpoNg <faruqi2001@yahoo.com>
Subject: (INGATAN) Ibu bapa berlainan agama perlu diberi peluang besarkan anak
To: respeks_group@yahoogroups.com, blalang_group@yahoogroups.com, hidayahnet@yahoogroups.com, ingatan@yahoogroups.com, kayangan@yahoogroups.com, Keluarga_Melayu@yahoogroups.com, keluarga02@yahoogroups.com, MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com, malaycafe@yahoogroups.com, Pahang@yahoogroups.com, melayucyber@yahoogroups.com, mymasjid@yahoogroups.com, penawarku@yahoogroups.com, Relexjap@yahoogroups.com, tipah@yahoogroups.com, kelakar@yahoogroups.com, uitm-melaka@yahoogroups.com
Date: Thursday, May 14, 2009, 8:05 PM
Ibu bapa berlainan agama perlu diberi peluang besarkan anak
Mohamed Hanipa Maidin
Mon | May 11, 09 | 12:41:45 pm MYT
Ramai yang meminta saya membuat komentar berkaitan keputusan Kabinet BN
yang memutuskan bahawa mana-mana kanak-kanak yang salah seorang ibu
bapanya memeluk agama lain hendaklah dibesarkan mengikut agama ibu bapa
mereka semasa kanak-kanak tersebut dilahirkan.
Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Abdul Aziz berkata
Kabinet telah memutuskan bahawa mana-mana pasangan suami isteri yang
memeluk Islam juga hendaklah menunaikan tanggung jawabnya di bawah
undang-undang perkahwinan sivil. Selanjutnya Nazri berkata:
"Agama tidak sepatutnya menjadi alat untuk melarikan diri
daripada tanggung jawab perkahwinan. Pemelukan agama bukan satu alasan
pembubaran perkahwinan secara automatik. Perkahwinan sivil hendaklah
diselesaikan melalui undang-undang sivil. Pertukaran agama hanya
berkuatkuasa pada tarikh pertukaran agama yakni tidak berkuatkuasa ke
belakang (not restropective) . Ini bermakna mereka yang memeluk Islam
masih perlu menunaikan tanggung jawab perkahwinannya mengikut
undang-undang sivil sebelum berlakunya pertukaran agama.�
Isu pertukaran agama telah dibawa ke perhatian Kabinet pada 15
April lalu. Kes tersebut melibatkan seorang wanita Hindu, Indra
Ghandhi, 35 yang telah memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi Ipoh
selepas dia mengadu bekas suaminya, K. Patmanathan yang memeluk Islam
dengan nama Mohd Ridzuan Abdullah telah melakukan pertukaran agama ke
atas tiga anak mereka tanpa memberitahu beliau.
Pada hari Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah memerintahkan
Indra Ghandi diberi perintah penjagaan interim (sementara) ketiga-tiga
anaknya dan perintah injunksi (larangan) melarang bekas suaminya dari
masuk ke rumah mereka.
Secara jujur perkara pertukaran agama adalah satu isu yang amat
sukar dibincangkan apatah lagi di ruangan terhad seperti ini, kerana
dalam banyak keadaan, emosi selalunya mengatasi rasional.
Dalam membincangkan isu ini saya ingin mengambil pendekatan
begini. Pertamanya kita lihat isu ini dari kedua-dua perspektif iaitu
perspektif orang bukan Islam dan kemudiannya perspektif orang Islam.
Bagi orang bukan Islam, keputusan Kabinet tersebut dirasakan
adil tetapi tidak memadai. Ianya tidak memadai kerana keputusan Kabinet
bukanlah undang-undang. Oleh itu ia tidak mengikat mana-mana Mahkamah.
Sebagai contoh bagi anak yang dilahirkan oleh ibu bapa beragama
Hindu, sudah tentu kedua-dua ibu bapa wajar menentukan status agama
anak mereka selagi usia anak-anak itu belum mencecah 18 tahun.
Oleh yang demikian jika salah seorang ibu bapa anak tersebut memeluk
Islam, sudah tentu kedua-dua ibu bapa tersebut inginkan anak mereka
mengikut agama salah seorang dari mereka.
Memandangkan kedua-dua pihak selalunya ingin supaya anak mereka
mengikut agama mereka masing-masing, penyelesaian yang terbaik adalah
kedua-dua ibu bapa tersebut hendaklah diberi peluang bersama-sama
membesarkan anak mereka mengikut kedua-dua agama ibu bapa masing-masing
seperti dicadangkan Kabinet.
Itulah secara ringkasnya perspektif orang bukan Islam.
Bagi orang Islam pula mereka melihat dari kaca mata yang berbeza.
Pertamanya, memandangkan Islam adalah agama Persekutuan dan
satu-satunya agama yang disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan
Persekutuan, maka sebarang keputusan Kabinet yang memberi kesan secara
langsung atau tidak langsung kepada hak dan kepentingan orang Islam
hendaklah tidak merugikan orang Islam.
Keduanya, orang Islam merasakan apabila isu pertukaran agama
melibatkan orang Islam, Kabinet tidak dapat lari dari undang-undang
Islam yang kini mengawal orang Islam yang baru bertukar agama tersebut.
Oleh yang demikian, orang Islam tersebut berhak untuk memohon
mendapatkan satu ketetapan mengikut hukum Islam berkaitan status agama
anak-anaknya. Adakah agama anak-anak tersebut mengikut agama Islam atau
agama bukan Islam?
Bagi mendapatkan ketetapan mengikut hukum Islam, adakah Mahkamah Sivil
atau Mahkamah Syariah yang layak menentukan? Wajarkah Perkara 121(1A)
Perlembagaan Persekutuan diketepikan begitu sahaja? Bagaimanakah orang
Islam boleh mendapatkan keadilan di Mahkamah Sivil jika pintu Mahkamah
Sivil sendiri ditutup kepada orang Islam di bawah seksyen 51 Akta
Memperbaharui (Perkahwinan dan Penceraian) (Law Reform Act) untuk
memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Sivil?
Ketiganya, orang Islam juga melihat perkataan 'parent' di dalam
Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah ditafsirkan oleh Mahkamah
sebelum ini (lihat kes Shamala Sathiyaseelan v Dr Jeyaganesh C
Mogarajah (2004) 2 MLJ 648) sebagai salah seorang ibu bapa.
Perkara 12(4) menyatakan bahawa bagi anak-anak yang berumur 18 tahun ke
bawah, agama mereka hendaklah ditentukan oleh ibu bapa (parent) atau
penjaga kanak-kanak tersebut.
Keempatnya, orang Islam termasuk cendekiawan Islam dan para
Mufti merasa kurang senang dan agak marah dengan keputusan Kabinet
tersebut kerana seperti mana dikatakan Mufti Perak, Dato' Harussani
Zakaria, para mufti tidak dibawa berbincang terlebih dahulu sebelum
Kabinet memutuskan perkara tersebut.
Nampaknya jika BN ingin mencari keuntungan politik di dalam kes
ini ianya masih belum berjaya kerana baik orang Islam atau orang bukan
Islam kedua-duanya marah kepada BN.
Bagi saya isu ini tidak boleh diselesaikan melalui mekanisme
undang-undang dan Mahkamah. Perbincangan secara baik antara kedua-dua
pihak adalah cara terbaik bagi menyelesaikan persoalan ini.
Dalam hal ini saya rasa umat Islam bertanggung jawab melakukan perkara-perkara berikut:
Orang bukan Islam perlu diyakinkan bahawa jika sekiranya
anak-anak tersebut memeluk agama Islam, ia tidak sama sekali memutuskan
hubungan anak-anak tersebut dengan ibu atau bapanya yang masih belum
Islam. Hubungan itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Orang bukan Islam juga wajib diyakinkan bahawa mengapakah
sekiranya anak-anak dibesarkan mengikut ajaran Islam ia akan membawa
kepada kebajikan bukan sahaja kepada anak-anak tersebut tetapi juga
kepada ibu bapanya sama ada yang Islam atau tidak Islam.
Mana-mana pihak yang ingin memeluk Islam dan kemudiannya
mendapatkan perintah penjagaan anak-anak mereka dan perintah supaya
anak-anak tersebut dibenarkan mendaftar sebagai penganut Islam mestilah
dalam apa cara sekalipun, berhadapan isu tersebut secara bersemuka.
Maksudnya tidak sewajarnya mana-mana pihak melarikan diri anak-anak
tersebut dan mendapatkan perintah Mahkamah secara sebelah pihak (ex
parte) tanpa memberi peluang kepada pihak satu lagi mencabar keputusan
tersebut.
Islam amat mementingkan keadilan, oleh itu perintah yang
diperolehi secara sebelah pihak sahaja tanpa pihak yang satu lagi
dibenarkan membela diri atau mencabar perintah tersebut adalah
bertentangan dengan prinsip keadilan.
Lihatlah nasihat Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali semasa
Ali dihantar menjadi Kadi di Yaman. Rasulullah s.a.w.. melarang Ali
memutuskan satu perkara sebelah pihak sahaja tanpa terlebih dahulu
mendengar pihak yang satu lagi.- tajdid_
Jom ke teratak orangkampong@ OK...
Sila ke :
respeksblog
respeks_group
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment