20090512

Murugiah terima nota ugutan dan kelongsong peluru

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Senator T Murugiah, mendakwa menerima nota ugutan dan dua kelongsong peluru yang diletakkan di hadapan pintu pejabatnya di Aras 3, Bangunan Putra Perdana, di sini, petang tadi.

Difahamkan nota amaran yang ditulis dengan dakwat merah berkenaan ditemui seorang pegawainya kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com