20090507

NAJIB DIKTATOR : PERAK HURU -HARA ANGKARA NAJIB

Semua huru-hara ini angkara NAJIB + UMNO + BARISAN NASIONAL!!!!

Suasana nampaknya sudah semakin kelam kabut. Najib sudah menunjukkan taringnya dengan membuat beberapa tangkapan. Sidang DUN Perak pula tetap akan diadakan walaupun dengan nyata lagi terang telah membelakangi mahkamah.

Mungkin perancangan Najib dan kuncu2nya mahukan keputusan berkenaan menentukan siapakah sebenarnya yang sah sebagai MB Perak diumumkan hari ini. Petang tadi sudah kedengaran daripada pihak mereka yang mengatakan mereka telah memenangi kes berkenaan. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Keputusan akan diumumkan esok.

Bagi menghalang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada esok hari semasa berjalannya sidang DUN Perak yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah negara kita, seperti biasa polis telah memberi amaran akan menahan sesiapa saja yang berpakaian hitam di Ipoh sebagai membantah pencabulan demokrasi sempena Sidang DUN Perak mulai esok.

Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menahan sesiapa yang menghampiri 500 meter daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menempatkan DUN Perak. Pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menahan sesiapa yang cuba membuat bantahan.

Ratusan anggota polis termasuk polis anti rusuhan di kerah ke Ipoh bagi memastikan sidang DUN itu dijalankan supaya usul BN untuk memecat Speaker V. Sivakumar dapat dilaksanakan.

Inilah bukti kehebatan PM Baru Malaysia dalam menangani permasaalahan rakyat, 'rakyat didahulukan'. Ada khabar yang mengatakan lokap dibalai polis Ipoh telah dikosongkan untuk menerima kemasukkan para pecinta demokrasi.......

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com