20090513

Pilihanraya kecil di Selangor?

ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.

Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut.

manoharan wife hindraf deepavali message 281008 s pushpaneela"Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang," tambah sumber itu.

"Isterinya, S Pushpaneela (kanan), terpaksa membahagikan masanya antara menjaga empat anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan pilihanrayanya," kata sumber itu lagi.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf.

Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN tersebut dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Gerakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com