SEORANG penunjuk perasaan Palestin cuba melindungi muka daripada gas pemedih mata yang dilepaskan askar Israel terhadap mereka yang menyertai demontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di perkampungan Bilin, Tebing Barat, Jumaat lalu. Berpuluh penduduk Palestin dan aktivis asing yang memakai topeng muka mengadakan tunjuk perasaan membantah ‘selesema penjajahan’ yang menurut mereka lebih dahsyat daripada wabak Influenza A.
“Dunia hari ini terlalu memberi tumpuan kepada selesema babi kerana ia membunuh manusia tetapi mereka lupa bahawa penderitaan yang kami alami jauh lebih teruk,” kata seorang penunjuk perasaan Abdullah Abu Rahmeh.
Israel mendakwa tembok konkrit dan besi sepanjang 723 kilometer diperlukan untuk keselamatan, manakala rakyat Palestin berkata ia adalah rampasan tanah. - AFP
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
20090517
'Selesema penjajahan' lagi bahaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment