Malam tadi telah berlangsung PROGRAM PENJELASAN krisis di PERAK! program ini telah disertai oleh lebih kurang 250 orang dari sekitar negeri Perak, ianya adalah stu forum yang di buat secara interaktif. Program tersebut telah dianjurkan oleh National Press Club!
Saudara Rocky(Rocky's Bru) telah membuat sedikit ucapan pengenalan dan seterusnya moderator pada malam tu Tuan Syed Akbar (Outsyed the box) telah menjemput panel pertama Dato Shafee Abdullah untuk menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku di negeri Perak mengikut lunas undang-undang.
Panel kedua, Dato Mohd Hafarizam pula telah menceritakan mengenai kronologi isu Perak dan panel terakhir pulak adalah Mr Nga Hock Cheh, beliau adalah ketua peguam DAP Perak.
Kira-kira lebih dari 200 orang yang menghadiri majlis tersebut terdiri daripada pelbagai fahaman politik yang berbeza, mereka dapat berdialog dan bertanya soalan secara langsung kepada panel-panel yan hadir pada malam tu.
Saya tak nak cerita kat sini apa yang mereka katakan semalam, anda boleh melihatnya dari blog Outsyed the Box dan blog A Voice
Biklah sekarang saya nak cerita apa yang saya nampak semalam dari kacamata saya, dari hujahan dan proses soal jawab semalam saya nampak yang pakatan pembangkang sudah kehabisan modal, malah saya juga telah difahamkan oleh pihak penganjur yang bekas MB dan adun sitiawan tidak mahu untuk menyertai acara ini!
Saya agak terkejut bila mendengarkan reaksi mereka ni, bukankah hari tu mereka dengan begitu kuat mengkritik BN mengambil kerajaan Perak secara haram? Kenapa bila kita ajak untuk berdialog dengan rakyat mereka tidak mahu menyertai pulak ya? Mengapa? Why?
Kerana mereka tahu yang mereka sudah kehabisan modal, mereka sudah tidak boleh nak pusing undang-undang untuk menghalalkan cara mereka, inilah hakikatnya, malah mereka telah menghantar seorang peguam yang dah agak berumur dan hujahan beliau juga lebih retorik, senang cerita lebih politik la!
Manakala pihak BN pulak telah menghantar Dato Mohd Afarizam yang telah bersedia dengan segala hujahan undang-undang dan fakta yang tak boleh disangkal lagi akan kesahihannya, saya nampak semalam penyokong pihak pembangkang semalam tidak agresif.
Malahan kehebatan Dato Shafee Abdullah dan Dato Hafarizam dalam menjawab keseluruhan persoalan kedua pihak dari aspek perundangan telah membuatkan masing-masing lebih faham akan situasi yang berlaku di Perak
Malah setelah kesemua panel menyampaikan hujahan mereka, saya nampak ianya telah membuka minda dari kedua belah pihak dan suasana di dalam dewan itu yang pada mulanya saya fikir akan menjadi panas telah berjalan dalam suasana harmoni, inilah saya katakan semangat Malaysia Boleh!
Akhirnya kebenaran terbongkar jua! Maka sudah dapat diketahui lah rakyat negeri Perak semalam bahawa tuanku Sultan Perak telah menjalankan amanah baginda dengan adil dan saksama!
Maka selama ini pakatan pembangkang telah membakar api yang palsu di negeri Perak, kenapa semasa 8 Mac 08 dahulu Bn boleh terima kekalahan dan membiarkan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan? Harus di ingat ya, pakatan pembangkang bukanlah satu badan politik berdaftar seperti BN.
Mereka telah meletakkan nama persefahaman mereka yang rapuh ini atas nama "Pakatan Rakyat" mereka tiada logo atau bendera seperti BN yang telah didaftarkan secara sah! Mereka ini ibarat macam sayarikat berlainan yang membuat 'joint venture' itu sahaja, tidak lebih dari itu!
Kenapa, apabila sudah berlaku perubahan kerajaan mereka tak boleh terima kenyataan bahawa mereka sudah tidak lagi mejadi kerajaan? Kenapa harus pakatan pembangkang membuat kacau bilau di negeri Perak yang tercinta ini? Kenapa? Why?
Penyokong mereka juga telah menuduh BN merampas di Perak ikut pintu belakang, apa? Pintu Belakang? Siapa yang kuat main belakang ni? Siapa yang tak reti nak jaga ADUN? BN atau Pakatan Rapuh? Salah siapa sebenarnya?
Tuduhan pembangkang bahawasanya BN telah membeli adun-adun yang telah keluar dari Pakatan Pembangkang adalah palsu dan tidak berasas sama sekali! Kalau dah tak reti nak jaga ahli dalam parti sendiri, orang lain jangan disalahkan!
Kepada Nizar dan Sivakumar, janganlah anda menjadi boneka kepada dua bersaudara itu lagi, saya sudah dengar sendiri rintihan dan keluhan rakyat negeri Perak mengenai keadaan yang berlaku sekarang ni! Mereka tidak menyukainya, mereka mahukan keamanan dan mereka risau akan keadaan ekonomi.
Sudah-sudahlah la tu, apa yang penting sekarang adalah kebajikan rakyat negeri Perak bukan? Kita sama-sama dahulukan kepentingan rakyat, dengan membuat keadaan kucar-kacir begini, tidak ada mana-mana pihak pun akan gembira, kamu dah perintah selama 11 bulan dahulu, maka sudahlah, 3 tahun lagi nanti anda boleh cuba memenangi semula hati rakyat negeri Perak!
Apakah Pihak Pemmbangkang fikir dengan buat begini rakyat akan simpati pada anda? Saya percaya jawapannya adalah tidak sama sekali, maka saya seru kepada pembangkang supaya hentikanlah sandiwara politik di Perak!
Tolong jangan libatkan kami rakyat negeri Perak dalam permainan politik kotor kamu wahai pihak pembangkang! Kami dah nampak dan sedar akan keadaan sekarang, janganlah sampai berlaku perkara yang tak diingini!
Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya berasa sungguh gembira semalam kerana walaupun pendapat politik kita berlainan namun atas semangat keMalaysiaan kita dapat menjalankan forum tersebut dalam keadaan aman damai.
Ibarat kata saudara Rocky, sebelum kita nak jadi satu Malaysia kita harus duduk satu meja dahulu dan bincangkan tentang masalah-masalah rakyat!
Tahniah kepada NPC terutama sekali saudara Rocky kerana telah mengadakan satu program yang amat efektif dan berkesan sekali! Juga diucapkan tahniah kepada moderator Tuan Syed Akhbar yang telah berjaya mengawal soalan-soalan panas dan dialog ini dengan begitu berjaya sekali!
Akhir kata ketiga-tiga panel telah mempersembahkan semalam, sekarang terserah pada rakyat untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk, sehingga kita jumpa di lain kali, sekian. Wassalam
No comments:
Post a Comment