20090415

Penjelasan Najib hari ini

PUTRAJAYA 14 April - Mesyuarat Kabinet pertama esok akan menjadi platform kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjelaskan maksud menyeluruh konsep Satu Malaysia yang menjadi gagasan pentadbirannya.

Beliau pada masa sama juga menyifatkan kenyataan pemimpin MCA dan MIC mengenai 'kedudukan wakil mereka' dalam Kabinet sebagai suatu bentuk pandangan yang penyelesaiannya tertakluk kepada keputusan muktamadnya.

''Saya akan terangkan nanti kepada Kabinet esok dan terangkan kepada pengarang-pengarang (kanan media) nanti apa yang kita maksudkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bagi Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan pihak tertentu termasuk pembangkang menyamakan konsep Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang khususnya DAP.

Konsep Satu Malaysia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbiran baru beliau bertujuan memastikan tiada golongan atau kaum terpinggir di negara ini.

Sedangkan Malaysian Malaysia dikatakan boleh mengugat kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu.

Dalam pada itu, Najib ketika ditanya mengenai kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam perutusan sulung sebagai Perdana Menteri keenam 3 April lalu, Najib memaklumkan proses kajian semula terhadap ISA akan dimulakan bertujuan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib yang menjaga keselamatan negara.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com