20090520

Isu air: Kerajaan Persekutuan setuju beri kerjasama

SHAH ALAM, 30 April (Hrkh) - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah bersetuju untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah pengambilalihan pengurusan air di Selangor.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan berkata, Kementarian itu telah bersetuju dengan Kerajaan Negeri supaya bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam hal penyususnan semula perkhidmatan industri air di Selangor.

Komitmen tersebut dinyatakan oleh Menterinya yang baru dilantik, Dato' Peter Chin kepada Menteri Besar Selangor dalam satu pertemuan rasmi yang telah diadakan di Putrajaya pada 20 April lalu.

"Kementerian dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama dalam usaha mencari jalan penyelesaian yang memuasakan kedua-kedua pihak.

"Ia akan melibatkan penyusunan semula dan pengambilalihan aset air daripada empat syarikat konsesi air di Selangor oleh Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Ramli Mahmud dijangka akan mengetuai jawatankuasa tersebut.

Beliau menyifatkan pertemuan dengan Menteri tersebut sebagai satu usaha yang produktif dan berhasil dalam usaha Kerajaan negeri ini.

Kerajaan Negeri menurutnya, mengutamakan kebajikan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kami juga berharap agar satu penyelesaian yang konkrit dapat dicapai bagi memastikan mereka menikmati kemudahan yang disediakan," ujar beliau. - mns_

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com