20090520

Najib lawat China hujung bulan ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada hujung bulan ini.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata, selain bertujuan mengeratkan hubungan Malaysia dan China, ia juga sempena ulang tahun ke-35 hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam lawatan rasmi itu, perdana menteri dijangka akan turut membincangkan

isu-isu mengenai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.


"Tarikh sebenar akan diumum kemudian sebaik maklum balas rasmi diterima daripada pihak China," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu Anifah menerima kunjungan 15 wartawan dari China.

Menurut beliau kunjungan wartawan itu berhubung kait dengan lawatan Najib ke negara itu.

malaysiakini

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com