Keputusan BN tidak bertanding di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil 31 Mei ini, tidak akan memberi sebarang kesan kepada gabungan tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kita tidak bertanding, nak ada kesan apa,” katanya selepas merasmikan majlis pertemuan dengan sasterawan Malaysia dan pelancaran buku terjemahan siri sastera Malaysia di Putrajaya hari ini.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, tidak ada sebab pembangkang hendak membelasah Umno kerana parti itu tidak bertanding di Penanti.
Semalam, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut:
bullet buttonPertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
bullet button Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
bullet button Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Najib juga menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.
Mengenai dakwaan BN takut, Muhyiddin berkata: “Tak apalah, dia nak kata apa.”
“Keputusan dah dibuat, perdana menteri sudah pun ulas rasionalnya,” tambah beliau.
Ketika diminta mengulas pertemuan Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Muhyiddin berkata: “Saya tidak mendapat maklumat mengenai pertemuan tersebut.
“Kita harus ikut pegang kepada prinsip BN, ikut konsesus yang dicapai dalam pimpinan BN.
“Elok tidak membuat tafsiran yang boleh disalah tafsir,” katanya.
No comments:
Post a Comment