PKR kini besar kepala setelah memenangi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pasti Penanti adalah kubu kuat mereka dan di Penanti jika letak mamak jual mee sebagai calon PKR sekali pun pasti PKR akan menang , ulas penyokong pembangkang dengan riak. Kali ini kita boleh main -main dan geli- geli kan BN.
Kita boleh main- main kan BN , mereka takut , mereka tidak mahu bertanding , jum… kita acah mereka untuk bertanding dan tentang kita. Kita bagi mereka lari dulu dan kita kejar dari belakang pasti mereka akan tewas juga. Jum kita persendakan BN , ujar mereka . Apa juga kita pasti menang di Penanti , kata mereka . angkuh benar mereka ini, kita suruh PRM yang sudah bergabung dengan kita untuk bergurau dengan BN , Kita suruh PRM tentang kita, kita suruh Pemuda Pas tentang kita seolah-olah bila ramai yang bertanding dari satu rumpun pasti BN akan memikirkan kembali keputusan enggan bertanding di Penanti.
Jangan riak PKR , jangan riak PR , jika Anwar ada strategi , UMNO juga ada strategi. Ini Perdana Menteri baru , ini kepimpinan baru. Untuk UMNO memaklumkan tidak bertanding , pasti ini perkara yang akhir yang akan dilakukan oleh UMNO. Tentu sekali ini adalah satu strategi yang tidak sesiapa boleh membaca apakah sebenarnya yang telah disusun oleh UMNO. Kita tunggu dan lihat apakah permainan yang dicaturkan oleh DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin.
PKR juga telah menaamkan calon mereka , calon yang pernah ditolak oleh rakyat sebanyak 3 kali. Apakah PKR bergurau lagi. Dr Mansor pernah tewas dalam pilihanraya iaitu pada tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.
Timbalan Pengerusi Pengerusi PKR Pulau Pinang ini diketahui umum sudah set untuk menggantikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin yang ‘ kena main’ oleh orang dalam PKR sendiri hingga terpaksa letak jawatan.
Pengumuman Dr Mansor sebagai calon PKR dibuat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman di Penanti Selasa malam. Dr Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu. Selain itu bekas Ketua wanita Negeri Keadilan Pulau Pinang juga berhasrat untuk bertanding. Insya alah UMNO akan masuk bertanding sebagai underdog dan barang diingat kepada penyokong pembangkang di Penanti, Tiada tempat sebenarnya yang kebal , Penanti tidak mustahil akan kembali ke tangan BN kali ini.
Dalam pada itu PKR sudah mula tamak dengan mmbekukan jentera pilihan raya di Penanti dengan erti kata PKR tidak mahu PAS campur tangan , kerana PKR mahu mebuktikan bahawa PKR sebenarnya kuat tanpa parti lain khususnya di Permatang Pauh. Sebelum ini , bendera PAS lebih banyak dari bendera PKR di Permatang Pauh. baca ini.
Untuk rakan -rakan din Permatang Pauh - Salam perjuangan.UMNO tidak akan rugi jika kalah tetapi PKR akan malu apabila kubu kuat mereka ditawan. Khusus kepaqda Gar Sok Sek , kali ini kita menang bro……
kpmu.net
No comments:
Post a Comment