20090501

PM: Peralihan kuasa pasti berlaku

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku bila tiba masanya.

pak lah and najib raising the umno flag agm 2009 260309 02"Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya.

"Peralihan akan berlaku," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lalu, perdana menteri berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Khamis ini bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com