20090517

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1850

There are 3 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Muntahan demokrasi di Perak - Peringatan Kepada Gerakan Islam
From: Ahmad

2. Najib punca kemelut Perak!
From: mr nobody

3. Isu Altantuya Najib PM baru takut ke luar negara
From: mr nobody


Messages
________________________________________________________________________
1. Muntahan demokrasi di Perak - Peringatan Kepada Gerakan Islam
Posted by: "Ahmad" ahmus@yahoo.com ahmus
Date: Sun May 17, 2009 1:27 am ((PDT))

[SN182] Bermula dengan sketsa Adun Bota, Datuk
Nasaruddin Hashim dari UMNO yang melompat ke PR, kemudian disusuli
'misteri' kehilangan dua orang Exco PKR yang setelah itu muncul semula
dan mengisytiharkan diri keluar parti bersama seorang lagi Adun DAP.
Kemudian, 'kekartunan' politik di Perak ini bertambah menarik apabila
Nasharudin melakukan 'u-turn' ke UMNO semula. Setelah itu, Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin yang merupakan Menteri Besar yang tidak
dipertikaikan waktu itu memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN,
namun tidak diterima, malah Sultan melantik pula Dr. Zambry Abdul Kadir
sebagai MB yang baru. Setelah pelantikan Zambry, bermulalah pula babak
baru drama rampasan kuasa oleh UMNO/BN yang kemudiannya terus mengheret
Sultan Perak untuk 'dipergunakan' mereka habis-habisan. Kemudian,
berlakulah pula lakonan tuduh-menuduh derhaka-menderhaka kepada Raja
yang menyebabkan Perak gegak gempita. Untuk terus hidup, UMNO terpaksa
bertaut sepenuhnya kepada institusi Raja memandangkan PR terus kukuh
berhujah dan berpegang teguh dengan Undang-undang Tubuh Negeri.
Masing-masing kini bermain hujah, satu berpegang kepada Raja dan satu
lagi kepada undang-undang. Justeru, kedudukan persoalan yang muncul
adalah di antara "Raja dan undang-undang", siapakah yang lebih
berkuasa? Untuk menyelesaikan drama demokrasi ini, maka Nizar yang
dikatakan sebagai bekas Menteri Besar, mengheret Dr. Zambry yang
dikatakan Menteri Besar 'haram', ke Mahkamah bagi memutuskan siapakah
menteri besar yang sebenar dan sah mengikut hukum demokrasi. [KLIK SINI UNTUK ARTIKEL PENUH]

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Najib punca kemelut Perak!
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Sun May 17, 2009 2:02 am ((PDT))

Najib punca kemelut Perak!
Nyza Ayob
Sun | May 17, 09 | 10:35:44 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.
Iklan  
 
   
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .
Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.
"Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.
"Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,"tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.
"Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.
"Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak," katanya.
Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu. - mks. _


Reka Pingbox eksklusif anda sendiri hari ini! Mudah untuk membuat ruang bual peribadi di blog anda. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Isu Altantuya Najib PM baru takut ke luar negara
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Sun May 17, 2009 2:04 am ((PDT))

Isu Altantuya Najib PM baru takut ke luar negara
Saidah Hairan
Sun | May 17, 09 | 1:30:52 pm MYT
SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.
Iklan  
 
   
Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.
Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.
Beliau berkata demikian dalam ceramah perdana meraikan petugas negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam. Turut berceramah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali.
Mengulas laporan akhbar terhadap Najib katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.
Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato' Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.
Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.
Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.
"Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat...," katanya disambut sorakan hadirin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak sabar menanti tarikh 15 Jun bermulanya sidang Dewan Rakyat kerana Nizar akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.
"Saya mendapat maklumat pihak Parlimen sukar untuk meletakkan tempat duduk Nizar. Sebab Nizar bukan saja Ahli Parlimen tetapi beliau juga Menteri Besar."
"Paling seronok saya hendak melihat Ahli Parlimen Kepala Batas, dulu tempat duduk Perdana Menteri sekarang jadi seperti saya Ahli Parlimen," katanya. _


Kekal berhubung dengan semua rakan anda di Yahoo! Messenger. Hanya tambah mereka dari e-mel atau rangkaian sosial anda hari ini! http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com