20081126

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1733

Messages In This Digest (1 Message)

1.
Pluralisme dan Sekularisme From: Hasan Nazam

Message

1.

Pluralisme dan Sekularisme

Posted by: "Hasan Nazam" tinta_ilmu@yahoo.com   tinta_ilmu

Tue Nov 25, 2008 7:49 pm (PST)



Petikan Ucap Utama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Sempena Multaqa Ulama SeMalaysia
 
Pluralisme dan Sekularisme
 
Kehidupan dalam masyarakat majmuk membawa kepada kecenderungan untuk mengenepikan dimensi agama di dalam pengurusan kehidupan. Ini kerana agama dianggap sebagai perkara yang bersifat metafizik, yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera dan tidak dapat dirasionalkan. Panduan daripada agama hanya dianggap sesuai untuk sesuatu penganut itu sahaja, bukan untuk penganut yang lain. Sehingga timbul persoalan mengapa pula ajaran dalam agama lain yang bersifat metafizik itu perlu untuk dikenakan  kepada penganut agama lain tanpa lojik dan alasan yang munasabah.
 
Oleh sebab itu, masyarakat majmuk merupakan alasan yang kerap kali diutarakan untuk menolak Islam sebagai panduan hidup manusia. Inilah asas kepada pemikiran pluralisme iaitu aliran falsafah yang menolak sebarang bentuk autoriti agama untuk dijadikan panduan apatah lagi untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang.[1]
 
Di sini letaknya cabaran yang besar kepada ulama untuk meyakinkan terlebih dahulu bahawa Islam merupakan agama yang benar, tidak sekadar sesuai untuk orang Islam bahkan ia juga sesuai untuk semua orang.
 
Selain itu, kita mendapati bahawa orang Islam sendiri mengalami krisis keyakinan terhadap Islam dan mereka berasa tidak yakin dengan kelebihan Islam di hadapan orang bukan Islam, apatah lagi untuk memujuk mereka agar menerima Islam sebagai panduan hidup.
 
Sebagai contoh apabila kerajaan Kelantan menggalakkan masyarakat mengikuti etika berpakaian cara Islam, ianya dibantah sendiri oleh kelompok umat Islam yang kononnya memperjuangkan hak-hak wanita dan kebebasan.
 
Cabaran yang seterusnya ialah untuk meyakinkan orang bukan Islam tentang kelebihan yang terdapat di dalam Islam dan hikmah kepada pelaksanaan Islam. Dalam hal ini Allah telah menegaskan :
 
æóãóÇ ÃóÑúÓóáúäóÇßó ÅöáøóÇ ÑóÍúãóÉð áöáúÚóÇáóãöíäó
 
Maksudnya: Tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Surah al-Anbiya': ayat 107.
 
Aliran pemikiran yang tidak berasaskan kepada Islam kesemuanya merujuk kepada keupayaan mutlak akal dalam memahami hakikat kebenaran dan menolak unsur wahyu sebagai sumber dalam menentukan kehidupan manusia. Kesemuanya berteraskan kepada sekularisme, yang menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi amat jelas bertentangan dengan Islam.
 
 
 
Namun, secara tidak sedar ia telah pun menular masuk menerusi penekanan yang diberikan oleh masyarakat masa kini terhadap kemajuan sains dan teknologi yang menafikan unsur ketuhanan. Pengajaran dan pembelajaran, serta pendekatan kepada sains dan teknologi yang mereka aplikasikan adalah berasaskan kepada darwinisme yang membawa kepada pemikiran yang mengatakan bahawa alam ini terjadi dengan sendiri.
 
Ini membantu mengukuhkan pemikiran sekularisme kerana manusia telah berasa bahawa mereka memiliki keupayaan bagi mentafsirkan sesuatu fenomena alam tabie dan seterusnya mereka turut berasa boleh untuk membuat tafsiran baru berdasarkan kepada kemahuan mereka.
 
Ini dikuatkan dengan premis yang terdapat di dalam sains itu sendiri iaitu alam ini teratur dan manusia mempunyai kemampuan untuk memberi hujah rasional dan memahami sebab-musabab untuk memahami keteraturan alam. Lantaran itu, ia membawa keegoan manusia dalam berasional sehingga terbawa-bawa ke dalam isu agama.
 
Atas asas inilah, Imam al-Ghazali mengarang kitab Tahafut al-falasifah bagi menolak pegangan ahli falsafah yang terpesona dengan kemampuan akal mereka dalam bertakwil sehingga ke tahap beliau telah mengkafirkan sebahagian mereka.
 
Sebahagian ulama dan cendekiawan Islam  menolak pemikiran golongan ahli falsafah yang berteraskan sekularisme ini menerusi pendekatan pemikiran juga seperti yang dilakukan oleh Dr. Muhammad Iqbal, menerusi karya agungnya "The Reconstruction of Religious Thought in Islam", yang bermaksud "penstrukturan semula pemikiran beragama di dalam Islam".
 
Kemudian, ia diikuti oleh Ismail al-Faruqi menerusi Islamization of knowledge iaitu Islamisasi ilmu dalam versi masing-masing, walaupun ianya masih boleh dibincang lanjut, namun mempunyai matlamat ke arah menolak sekularisme.
 
Menerusi pendekatan gerakan Islam semasa, ia telah digagaskan oleh Hasan al-Banna menerusi teori Islam Syumul di dalam Risalah al-Ta'lim dan Syed Qutb menerusi teori al-hakimiyyah. Justeru, lagi bertambah moden dunia yang dihadapi oleh manusia, lagi bertambah kekaguman manusia dengan kemampuan akal mereka dan akhirnya menolak kepada dimensi wahyu. Apa yang menjadi cabaran kepada ulama ialah, hakisan terhadap autoriti yang mereka ada sebagai pewaris kepada nabi. Persoalannya, sejauh manakah mereka sedar tentang perkara ini?
 
Bekas Syeikhul Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud Rahimahullah di dalam buku beliau al-Tauhid al-khalis aw al-Islam wa al-'aql menulis:
 
"Tatkala keadaan sekitaran adalah penuh makmur dengan agama ketuhanan, yang memenuhi hati dengan iman dan memenuhi perasaan dengan hidayah, para pemuja falsafah tersebut telah berusaha – melalui pendekatan iblis – untuk menyelaraskan di antara agama dan falsafah sesat."
 

[1] Sila lihat Anis Malik Toha, al-Ta'addudiyyah al-Diniyyah: Ru'yat Islamiyyah, 2005, IIUM: Kuala Lumpur. 

Sapaan Makrifat Dambaan Hakiki
Semarak Budaya Ilmu

http://jailurrashied.blogspot.com

 

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Cat Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about cats.

Yahoo! Groups

Everyday Wellness Zone

Check out featured

healthy living groups.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
•      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
•      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
•      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com