20081124

MB Terengganu janji tidak akan tarik balik kes royalti - Mustaffa Ali

Oleh Syukree Hussain

Marang, 23 November - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato' Mustaffa Ali mendedahkan bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said berjanji tidak akan tarik balik kes berhubung wang royalti petroleum.

Janji tersebut dibuat oleh Ahmad ketika kunjungan Mustaffa dan beberapa pimpinan Pas selepas beberapa hari Ahmad dilantik menjadi Menteri Besar.

Semasa tahun 2000, Kerajaan Pas Terengganu ketika itu menfailkan kes wang royalti yang ditarik balik oleh kerajaan persekutuan selepas setahun Pas memerintah.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Mustaffa ketika menyampai pidato semasa ceramah perdana di Rusila, Marang semalam.

Turut berceramah ialah Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Menurut Mustaffa, beliau menasihati Menteri Besar Terengganu itu kerana bimbang jika kes tersebut
digugarkan, rakyat Terengganu tidak lagi memperolehi hasil tersebut.

"Walaupun baru-baru ini, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi mengumumkan bahawa Kerajaan negeri mendapat hak untuk menguruskan wang royalti, tetapi harus diingat hanya hak pengurusan sahaja, bukan hak sebenar," ujarnya di depan lebih 5,000 ribu yang hadir.

Mustaffa Ali turut mendedahkan bahawa mengikut sumber dalaman Pembendaraan Negeri, wang royalti masih tidak diterima oleh Kerajaan negeri sekarang walaupun sudah hampir setahun memerintah.

Mustaffa

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com