KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac depan.
Pengumuman itu mengakhiri tanda tanya dan spekulasi sama ada Shahrizat, Naib Ketua pergerakan itu akan akur kepada pelan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada beliau pada Jun depan atau akan bertanding merebut jawatan nombor satu melalui pemilihan parti.
Pengumuman Shahrizat dalam kenyataan dua perenggan sekali gus mengesahkan laporan Bernama, Selasa lepas bahawa beliau telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu dan akan mengumumkannya semalam.
"Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan," katanya.
Bagi jawatan Ketua Wanita, Shahrizat memperoleh 73 pencalonan, manakala penyandang Rafidah mendapat 117 pencalonan.
No comments:
Post a Comment