20081127

Thailand Di Ambang Rampasan Kuasa?

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 27 Nov (Bernama) -- Kerajaan Thailand yang sedang dibelenggu masalah, merayu kepada tentera supaya mengelak daripada mengadakan rampasan kuasa bagi menyelesaikan krisis politik semasa ekoran khabar angin yang bertiup kencang mengenai campur tangan tentera.

Jurucakap kerajaan Natthawut Saikua memberitahu media ketika sedang berlangsung mesyuarat Kabinet di bandar raya utara Chiang Mai bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memecat Panglima Tentera Anupong Paochinda.

"Saya keluar daripada mesyuarat Kabinet untuk membuat pengumuman yang penting ini. Tolong jangan adakan satu lagi rampasan kuasa," katanya.

Sejak pagi ini, terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa kereta kebal dan tentera sedang dalam perjalanan ke ibu negara Thailand ini.

Pada Rabu, Anupong berkata Perdana Menteri Somchai Wongsawat perlu membubarkan parlimen bagi menamatkan kekacauan setelah beribu-ribu penyokong anti kerajaan menutup Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang.

Somchai adalah ipar Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang disingkirkan oleh tentera pada September, 2006 dengan Anupong menjalankan peranan utama.

-- BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com