20081115

KAKI "KENCING" TAK BOLEH JADI IMAM

Kj Lomang.jpg

"Akibat cita-cita dinasti Abdullah Badawi menjelma pula watak perancang dari menantu Pak Lah,Khairy Jamaludin yang dijulang oleh setengah media sebagai seorang pemimpin muda yang super hebat dan super pintar...Tapi Khairy dikatakan lebih banyak menimbulkan kebencian ahli-ahli parti dan pihak-pihak yang lain yang tidak senang dengan gelagat,ego serta kekuasaan yang dipamerkan melalui kenyataan dan juga bahasa badannya."
(Yahya Ismail,KJ Bakal Perdana Menteri?,hal.10)


"Khairy pun macam itu juga.Berani berkata-kata.Macam ini barulah dikatakan "Malaysia Baru!".Ini dari dulu sampai sekarang asyik nak mengampu aje..orang tak ada jati diri saja yang cari makan dengan mengampu...!"
(S.H Al-Attas.Anak Omak vs Anak Bapak,hal.20)

"Tapi Khairy nampaknya terus steady.Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam...mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia ..."
(S.H Al-attas,Khairy Jamaludin Perdana Menteri?,hal.451)

Ke hadapan Yang Berbahagia Prof.Emeritus Dr. Syeikh Hussien al-Attas,
Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan,
Universiti of Life.

Assalamualaikum dan Salam Syawal,

Semoga Prof. dalam keadaan sihat walafiat menghadapi hari-hari terakhir Syawal,bulan kemenangan kita umat Islam di seluruh dunia.Diharapkan juga nikmat kemenangan Syawal ini telah meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt,kerana sesungguhnya hanyalah orang-orang yang bertakwa sahaja yang mencapai kemenangan di sisi Allah swt.

“Sesungguhnya orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (an-Naba’ : 31)

Kenapa saya mulakan dengan memetik kata-kata para penulis yang pernah mengkritik dan memuji melambung insan yang bernama Khairy Jamaludin.Sejarah telah membuktikan bahawa Prof. Dr. menekankan ilmu ‘pengetahuan sejarah’ yang bersandarkan kitab al-Quran dan as-Sunnah sebagai pembimbing.Sebagai hujah naqli tentulah darjah kebenarannya bersifat absolute dan abadi berbanding hujah-hujah aqli.Tepatnya pernyataan itu kerana pengetahuan sejarah yang bersandarkan kepada pengalaman empirikal dan rasional itu sudah semestinya bersifat relatif,boleh berubah-ubah mengikut persepsi masing-masing.Saya telah membaca tulisan Prof. seperti yang diminta oleh YBH Prof. baru-baru ini dan ternyata kredibiliti Prof. mengulas isu ‘KJ-si Lord of the Lomang' menggunakan pendekatan aqli dan nakli memang dalam kelas yang tersendiri.YBH Prof. tak peduli dengan pendapat Machiavelli,

“…seseorang yang berusaha untuk memainkan peranan sebagai seorang yang berakhlak murni di dalam segala keadaan tertentu akan menemui kehampaan di kalangan begitu ramai orang lain yang tidak berakhlak murni.” (Machiavelli,The Prince,hlm.97)

yang penting bagi Prof. amal makruf nahi munkar.Persetankan Machiavelli dengan idea Machiavellisme nya.Integriti menegakkan yang hak perlu dijaga.Tapi sebelum itu,maafkan saya jika awal tulisan ini sudah diisi dengan pujian-pujian melambung kepada YBH.Prof.Biar betul, ini sudah jadi macam ucapan alu-aluan tipikal orang-orang kita yang suka sangat mengampu.Terlupa yang Allahu Akhbar!Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.

Bila tersebut perkataan tipikal teringat sms kawan saya yang lebih kurang berbunyi, " ..KJ is not the typical politician..".Betulkah KJ tidak tipikal?Tapi berapa ramai pemimpin pelapis di negara kita yang mempunyai track record seperti KJ.Berapa ramai orang yang pernah menghentam Tun Mahathir face to face sehingga Tun Mahathir berdendam ammarah dengan keluarga Badawi.Sepanjang pemerintahan Pak Lah,Dr.M jadi watak crook sehingga sajak 'Perjuangan Belum Selesai’ sudah backfire Tun.Dr.Mahathir sudah jadi pemimpin Melayu Mudah Lupa.Terlupa dialah yang memperkenalkan slogan kepimpinan melalui teladan.Tapi kepimpinan melalui teladan apa kalau dia sendiri menjadi samseng menghentam kepimpinan Pak Lah.

“Dan selepas bertahun-tahun menganggotai Kabinet saya fikir beliau sepatutnya arif dengan bagaimana sesebuah kerajaan itu dipimpin.Malangnya,sejak mula lagi,dia lebih bergantung pada keputusan keluarga dalam menentukan sesuatu dasar kerajaan,terutamanya Khairy Jamaludin,menantunya.Kerajaan yang sepatutnya milik rakyat sudah bertukar menjadi milik peribadi dan keluarganya..”
(wawancara Tun Dr.Mahathir dalam Putra Post,15 November 2006,hal.1)

Piirahh…kalau tak puas hati dengan Khairy,kenapa harus libatkan Pak Lah.Kenapa tak bersemuka dengan Khairy.Bertarung dalam ring secara gentlemen dengan KJ seperti yang dilakukan oleh KJ di Malaysian Hall terhadap Tun.No,gamble no gain.Khairy 'dapat banyak' kerana dia berani.Salahkah Khairy berperangai agresif..skett.Yelah,orang sekeliling menuduh Pak Lah lembik.Jadi,salahkah Pak Lah mempunyai warlord yang agresif dan berani di sampingnya.Nabi Muhammad saw pun menjadikan Saidina Ali (Ali bin Abi Thalib bukan Ali Rustam),menantunya yang berani dan agresif sebagai warlord.Keberanian Ali diakui oleh malaikat.Tapi Khairy bukan Saidina Ali.Khairy cuma YB,bukan karamallahu wajhah-wajah yang dimuliakan!Khairy juga bukan maksum,tidak tersenarai sebagai seorang yang pasti masuk syurga seperti Saidina Ali.Khairy bisa melakukan dosa-dosa.Khairy cuma insan lemah…INSAN TERBAIK cuma milik Nabi Muhammad saw..rahmatan lil alamin.Tapi Khairy ada kualiti tersendiri.Khairy mempunyai cebisan keberanian Ali.

Saya masih ingat bagaimana Khairy ‘merempuh’ Condolezza Rice,Setiausaha Amerika di Kuala Lumpur dahulu untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika.Malangnya atas usaha beliau itu…bukan tepukan yang diterimanya.Orang-orang UMNO sendiri meluat dan menganggap Khairy budak nakal yang ‘syok sendiri’…ada yang menuduh Khairy immature..this is not a Malaysian way of action! (piirah..!) Orang-orang Cina pula mengkritik dan takut dengan aura ‘nakal’ yang ada pada Khairy (saya adapt fakta ini dari newsapaper English di Sabah).Tapi berbanding dengan orang-orang yang hanya berani memaki hamun kerajaan Amerika dan dasarnya di kedai-kedai kopi,di dalam forum-forum picisan dan symposium yang syok sendiri…bagus lagi Khairy.KJ berani menampakkan ketidaksukaan dan kebengangannya dengan kerajaan Amerika secara face to face.FACE TO FACE dalam gelanggang sudah menjadi tradisi KJ..KJ sudah jadi King Of The Ring…main kritik sembunyi-sembunyi bukan cara Khairy.

“Allah tidak akan biarkan manusia atas keadaan yang kamu ada padanya hingga Ia bezakan yang buruk dari yang baik.” (Ali Imran : 179)

Mungkin inilah yang membuatkan orang tidak sukakan Khairy.Mereka merasakan Khairy terlalu bongkak.Pelik orang kita.Tun Mahathir boleh hentam Pak Lah sesuka hati,Mukhriz boleh ugut Pak Lah,Muhydin boleh bising suruh percepatkan peralihan…MCA boleh kritik UMNO…Hindraf boleh buat kacau sukati diorang je,Anwar boleh bising sana sini…apasal Khairy tak boleh pulak.Bila Tun,Muhydin,Mukhriz kritik Pak Lah..bukan nista yang diterima..tapi pujian yang datang..alasannya,ini pandangan grass root (pirahh..)..tapi bila sahaja Khairy yang memberi komen yang sama,dikatakan ini cuma pendapat Khairy,budak ‘julung berkeris’ yang bongkak dan biadap.Kesian Pak Lah,memendam rasa melihat menantu diperlakukan demikian rupa.Bagaimana jika kita yang berada di tempat Pak Lah.Tepuk dada,tanya iman…

Bila Khairy menunjukkan akauntibilitnya dengan memberikan statements bahawa dia tidak perlu menumpang nama Pak Lah untuk pergi jauh..kita tuduh Khairy bongkak,ego dan tak kenang budi Pak Lah..kesian Pak Lah dapat menantu yang sudah bertukar menjadi ‘Tanggang’ kata kita..(tapi Pak Lah relaks dan steady saja,tak melatah pun…kita sahaja yang lebih..).Sepatutnya kita bangga bila Khairy berkata begitu.Itu tandanya Khairy sudah belajar untuk naik sendiri.Ini baru jati diri namanya.Kita patut doakan moga-moga kata-katanya itu reality,bukan retorik…Pak Lah pun mungkin bangga melihat Khairy sudah pandai berdiri sendiri..Confident itu itu penting.Jangan over confident sudah...

“ We must have a little bit of conceit that you and you alone could make things moving”
(Dari buku Edward de Bono)

Khairy antara pemimpin pelapis yang ada auranya tersendiri.Kenapa perlu dicantas atas sebab-sebab yang remeh.Pepatah Melayu mengatakan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan…

YBH Prof.,

Mungkin Khairy belum boleh menjadi imam yang sempurna untuk jemaah Pemuda UMNO.Menjadi imam bukan mudah.Banyak criteria yang perlu dinilai.Tapi sebelum kita menilai bacaan Khairy,menilai cara rukuk,sujud Khairy,kita harus lihat ‘nilai’ peribadi Khairy terlebih dahulu.Khairy sudah ada criteria pertama yang diperlukan untuk menjadi imam,iaitu sifat ‘berani’.Apa kaitan sifat ‘berani’ dengan imam.Yelah,orang yang hendak menjadi imam harus berani tampil ke hadapan mengetuai jemaah.Kalau,tak berani…ada anxiety disorder..susah hendak menjadi imam.Bila berada di depan..kaki terketar-ketar,bila dan terketar bacaan pun berserabut kerana minda sudah tidak stabil.Kalau setakat bacaan terketar,masih boleh tahan lagi tapi kalau sudah asyik terketar,takut-takut terkencing…siapa yang susah..Kesianlah dengan jemaah..dapat imam yang suka kencing.Harapan untuk mendapat pahala solat 27 kali ganda tak menjadi kenyataan disebabkan imam mudah sangat terkencing.Renungkan.

Akhir kalam,yang baik itu anugerah dari Allah dan yang buruk itu kekhilafan saya sendiri.Allahuakhbar!

Wassalam.

Your biggest fan,
Mohd.Hapiz Matri
Ranau, Sabah .
24 Oktober 2008

http://www.shalattas.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com