20081124

Usul Anwar bincang isu ekonomi ditolak Speaker Dewan Rakyat

(Hrkh) - Usul Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di bawah perkara 18 (1) khas bagi membincangkan isu kegawatan ekonomi yang dibawa ke Dewan Rakyat pagi tadi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Dato' Ronald Kiandee.

Ronald semasa menolak usul itu menyatakan, usul yang dibawa oleh Anwar (KeADILan Permatang Pauh) itu tidak berkehendak disegerakan.

Anwar yang sebelum itu bangun bagi membacakan usul tersebut meminta dewan ditangguhkan bagi membolehkan persoalan kelesuan dalam pencapaian negara bagi mendapatkan pelaburan asing (FDI) yang masuk.

Menurut Anwar, walaupun satu ketika lalu negara menikmati FDI yang agak tinggi, namun sejak kebelakangan ini ia semakin merosot malah berada pada tahap membimbangkan.

Walhal, negara-negara lain di Asia memperolehi FDI yang meningkat dari semasa ke semasa, Malaysia sebaliknya merudum, kat Anwar.

Beliau merujuk kepada laporan 'United Nations Conference on Trade and Development Worlds Investment Report 2008' berhubung kedudukan Malaysia yang semakin merosot dalam FDI termasuk di peringkat Asia.

walaupun usulnya ditolak, Anwar mahu kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil maklum usul beliau dan memandang serius laporan Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB).

Bercakap di luar Dewan Rakyat semasa mengadaka sidang medianya pula, Anwar kesal kerana kerajaan enggan membincangkan kelemut ekonomi yang parah hari ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

Ujar Anwar, Pakatan Rakyat mahu mengambil bahagian menyelesaikan kemelut ekonomi negara dan perbincangan meja bulat bersama pimpinan BN dan Pakatan Rakyat adalah jalan terbaik ke arah itu.

Beliau melahirkan kebimbangan jika isu itu tidak dibincangkan secara kolektif dan segera, ia bakal memparahkan lagi ekonomi negara.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com