20081124

Anwar akan bawa formula Semenanjung ke Sabah, Sarawak

(Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menyatukan semua parti utama dalam barisan pembangkang di Sabah dan Sarawak untuk meletakkan seorang calon sahaja menentang calon Barisan Nasional (BN) di setiap kawasan pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, formula seumpama itu, yang diilhamkan oleh KeADILan, DAP dan PAS di semenanjung, ternyata telah membawa kejayaan yang besar kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lepas.

"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada pakatan) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk parti pembangkang.

"Inilah yang kita mahu elakkan," katanya dipetik Bernama selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang semalam.

Menjawab soalan, Anwar berkata usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN baru-baru ini, untuk menyertai Pakatan Rakyat sedang dibuat dan mengesahkan yang beliau sudah menemui presiden SAPP, Dato' Yong Teck Lee hari ini.

"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat di semenanjung pada pilihan raya Mac lepas," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya kecil parlimen Pensiangan, Anwar berkata sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan, KeADILan akan tetap meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi itu.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com