20081125

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1731

Messages In This Digest (4 Messages)

Messages

1.

Re: [harakahdaily] Isu ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap K

Posted by: "Pasbaru pascapru12" pasbaru@gmail.com

Sun Nov 23, 2008 9:11 am (PST)

assalamualaikum,

Pengarang harakah...
Kalau nak berjuang Islam Alhamdulillah aku sokong, tapi sejak akhir2 ini aku
lihat hang dengan BN sama-sama beralasan. Isu Babi dapat diserang oleh BN
yang sekular kerana hang pa dari PAS terutamanya pemimpin PAS dan bingung
dan suka mengalah dengan kuasa kuffar.

Jadi bila hang berpaling dari petunjuk jangan marah pulak, sehingga orang
yang sekular macam BN boleh pekena kat kita. Contoh kes Babi (ini isu
sensitif) yang boleh diputarbelit oleh BN tapi pemimpin pAS sekarang yg dok
berpusing2.

Babi diluluskan zaman BN lagi dan sekarang sepatutnya PAS ada kuasa untuk
hentikan tunjukkan sikit maruah Islam. Ini dok mengalah, lepas tu berlagak
tulis dalam harakah macam bagus sangat.

Wahai pemimpin PAS kembalilah semula kepada perjuangan asal. Jangan
bersekongkol dengan puak2 kafir Harbi DAP dan jangan pula tinggal
segerombolan denga puak SEKULAR Keadilan, kembalikan maruah Islam.

2008/11/23 harakah daily <harakahdaily@yahoo.com>

> Isu ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah
> *Mohd Khalil Abdullah*
> Sat | Nov 22, 08 | 2:51:45 pm MYT
>
> *KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) -* Media pro Umno-Barisan Nasional (BN)
> sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh
> PAS,KeADILan dan DAP.
> *Iklan*
> <http://www.mantop.com.my/>
>
> Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen
> penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi
> senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan
> nama baik Kerajaan Negeri Kedah.
>
> Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu
> kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan
> Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat
> jahat.
>
> Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November
> 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008
> mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila
> menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.
>
> "Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal
> membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
>
> "Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu
> pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku
> Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri
> Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.
>
> Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan
> nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan
> dan berbentuk provokasi.
>
> "Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat
> aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
>
> "Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu
> melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk:
> Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan
> Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya
> lagi.
>
> Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan
> Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh
> Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah
> keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya
> masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
>
>
> "Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen
> televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui
> slot Buletin Utama.
>
> "Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga
> telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
> menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu
> dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum
> lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya
> lagi.
>
> Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang
> ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang
> kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
>
> Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat
> ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan
> rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
>
> Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri
> memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang
> mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
>
> "Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah
> lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika
> dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan
> ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan
> penduduk.
>
> "Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh
> dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa
> Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika
> andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan
> bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak
> binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di
> kawasan yang terpencil,"tegasnya.
>
> * Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN *
>
> Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru
> Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat
> mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk
> menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan
> memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.
>
> Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu
> juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang
> dipimpin.
>
> Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan
> Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat
> sini baru-baru ini.
>
> Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media
> arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam
> Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.
>
> Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan
> mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan
> Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan
> orang-orang Cina terhadap pembangkang.
>
> Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak
> 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan
> kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat
> Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra
> Kamaruddin.
>
> "Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama.
> Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini
> amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
>
> Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya
> dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan
> elektronik yang dikuasai Umno-BN. - mks. _
>
>
2.

VIDEO :CARA BERSUCI & SOLAT RASULULLAH S.A.W, THE MIRACLES OF QURAN(

Posted by: "az wan" fiveruz2002@yahoo.com   fiveruz2002

Sun Nov 23, 2008 7:24 pm (PST)

http://www.mcm2ade.blogspot.com/ ->VIDEO :CARA BERSUCI & SOLAT RASULULLAH S.A.W& THE MIRACLES OF QURAN(SUBAHANALLAH)

3.

Re: (INGATAN) Sajak Kematian Untuk Menteri Pelajaran

Posted by: "Pasbaru pascapru12" pasbaru@gmail.com

Mon Nov 24, 2008 2:42 am (PST)

Mungkin makcik Sally (lebih baik pakai nama auntie Sally) patut baca ulasan
harakah ini, supaya dapat pengajaran dan jangan terikut-terikut sangat
budaya UMNO.

Pemimpin politik wajar tonton 'Sajak Kematian'
*Mohd Nor Yahya*
Sun | Nov 23, 08 | 5:22:06 pm MYT

*KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - *Ketika masyarakat berdepan dengan isu gejala
sosial yang semakin parah sekarang mengapa pula usaha pihak tertentu
mengajak remaja menginsafkan diri cuba dihalang.
*Iklan*
<http://www.mantop.com.my/>

Sepatutnya usaha tersebut perlu disokong kerana ia boleh mengembalikan
remaja kepada keinsafan dan dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala
sosial.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata,
berkata klip video Sajak Kematian tiada sebab cuba dihalang ditayang kepada
umum, kalau perkara itu boleh menimbulkan keinsafan.

"Mengapa sekarang ada orang kalut dengan Sajak Kematian yang ditayangkan
kepada pelajar sedangkan perkara itu boleh mendidik mereka dan dapat
mengelakkan daripada terjebak dengan gejala sosial.

"Penayangan klip video tersebut boleh memberi kesedaran kepada golongan
remaja kerana ia menceritakan bagaimana keadaan orang yang melanggar suruhan
agama ketika berada dalam kubur," katanya di sini.

Baru-baru ini, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan
mahu video klip Sajak Kematian yang ditayang di sekolah disiasat kerana ia
dianggap tidak sesuai bagi pelajar sekolah rendah.

Mohd Khir berkata, kalau nak gambarkan sepenuhnya alam kematian tidak boleh
kerana perkara berkaitan alam ghaib hanya sekadar imaginasi sahaja.

Menurutnya, mungkin bagi mereka yang menentang penayangan klip video
tersebut merasakan tercabar dengan perbuatan mereka sekarang.

"Namun penayangan kepada anak di bawah umur yang belum akil baligh memang
tak sesuai sebab mereka ini tidak boleh memikirkan tentang baik dan buruk
secara mendalam," katanya.

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Machang, Ustaz
Mohammad Awang berkata, penayangan klip video tersebut wajar bagi memberi
peringatan terhadap wujudnya alam barzakh.

"Rasulullah saw sendiri pernah ditanya apakah amalan yang paling baik
diamalkan, lalu baginda menjawab ialah mengingati kematian merupakan yang
terbaik," ujar beliau.

Kata beliau perkembangan alat-alat teknologi wajar dimanfaatkan bagi
pembikinan klip video seperti itu sebagai usaha mendidik golongan remaja
yang sudah akil baligh.

"Saya berharap klip video itu tidak diharamkan penayangannya tetapi pihak
yang terlibat kena memberitahu klip video tersebut hanyalah imaginasi dan
bukannya gambaran sebenar alam barzakh." katanya.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
berkata, pembikinan klip video tersebut wajar ditayangkan kepada umum
terutamanya ahli-ahli politik, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan
banduan di penjara.

Menurut beliau setidak-tidaknya dengan ada peringatan seperti itu akan
mengelakkan mereka terjebak dengan perkara mungkar.

"Bagi saya ia wajar ditayangkan namun bukan untuk golongan kanak-kanak di
bawah umur," ujarnya.

Katanya beliau Sayid Qutb dalam kitabnya 'Tayangan Kiamat' telah
mengumpulkan ayat-ayat yang berkaitan dengan alam kubur, Padang Mashyar,
nikmat-nikmat di syurga dan azab neraka dalam kitab yang ditulisnya itu.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Ustaz Muhammad Mustaffa berkata, alam
ghaib tidak boleh digambarkan melalui pemikiran manusia.

"Tinggal lagi sejauh manakah penerimaan masyarakat umum terhadap penayangan
klip video tersebut dan masyarakat patut sedar ia merupakan imaginasi
pengarah klip video Sajak Kematian semata-mata, " ujar beliau. - mj/mks. _

2008/11/19 sally nann <nannsally@hotmail.com>

> Pada pendapat saya, kalau hendakkan tindakan yang efektik, masalah
> hendaklah ditujukan kepada pihak yang berkenaan. Sebagai contoh, penayangan
> video sajak kematian dibuat di sekolah dibawah kuasa kementerian pelajaran.
> Bila ada komplain, kementerian pelajaran mengambil tindakan sewajarnya untuk
> menghalang penayangan sedemikian di sekolah sekolah. Saya tak rasa pulak
> sekolah sekarang ni ada menayangkan filem lucah ke filem tahyul dan hantu
> disekolah...
>
> Bila kita bincang tentang hal hal berkenaan penayangan filem berbentuk
> tahyul, hantu di tv, itu bukan didalam bidang kuasa kementerian pelajaran.
> Itu kuasa kementerian penerangan. Yang ironinya, filem filem berbentuk
> tahyul dan hantu tu selalunya di siarkan pada pukul 9.00 malam ke atas.
> Sepatutnya masa ini bukan masa untuk anak anak dibawah umurr 12 tahun masih
> menonton tv. Salah kementerian ke salah ibu bapa yang membenarkan anak2
> menonton cerita2 sedemikian? Kan ada trailer umur yang sesuai untuk menonton
> filem filem yang ganas, berunsur seks.
>
> Kalau semua masyarakat majmuk tak setuju cerita cerita berunsur tahyul dan
> hantu ni disiarkan, kenapa tak utarakan ke kementerian penerangan ke,
> jabatan agama ke, ban cerita cerita berbentuk begini. Kenapa nak marah ibu
> bapa yang melahirkan rasa concern dia pada pendekatan extreme ni? Lepas tu
> komen pasal siaran kat tv. Dua topik berbeza tak boleh di bincang pada satu
> masa sebab tersiarnya cerita2 di tv tu sebab tiada tentangan dari penonton
> secara generalnya.
>
> Kalau concern sangat pasal cerita berunsur tahyul di tv terutama cerita
> indonesia, buatlah petition wahai ibu bapa yang concern atau masyarakat
> majmuk yang concern untuk memberhentikan tayangan...atau lebih mudah jangan
> benarkan anak2 menonton filem filem sebegini. Tentu kementerian penerangan
> akan membuka mata dan memantau kualiti cerita yang disiarkan...
>
> Ada cara yang lebih baik untuk menerapkan nilai islam bagi kanak kanak
> bawah 10 tahun ni dari menyiarkan video sajak kematian. In fact banyak
> sangat pendekatan lain yang sama efektik. Cara menakutkan lebih efektik pada
> peringkat umur yang boleh berfikir dengan lebih jauh dan matang.
>
> Wallahualam...
> ------------------------------
> To: sahabatinteraktif@yahoogroups.com; respeks@yahoogroups.com;
> perisikrakyat@yahoogroups.com; harakahdaily@yahoogroups.com;
> ingatan@yahoogroups.com
> From: caring.mommy@gmail.com
> Date: Wed, 19 Nov 2008 01:05:17 +0800
> Subject: (INGATAN) Sajak Kematian Untuk Menteri Pelajaran
>
> Sajak Kematian Untuk Menteri Pelajaran<http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1066:sajak-kematian-untuk-menteri-pelajaran&catid=36:dalam-negara&Itemid=56> [image:
> PDF]<http://www.mykhilafah.com/index.php?view=article&catid=36:dalam-negara&id=1066:sajak-kematian-untuk-menteri-pelajaran&format=pdf&option=com_content&Itemid=56> [image:
> Print]<http://www.mykhilafah.com/index.php?view=article&catid=36:dalam-negara&id=1066:sajak-kematian-untuk-menteri-pelajaran&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=56> [image:
> E-mail]<http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL3d3dy5teWtoaWxhZmFoLmNvbS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0xMDY2OnNhamFrLWtlbWF0aWFuLXVudHVrLW1lbnRlcmktcGVsYWphcmFuJmNhdGlkPTM2OmRhbGFtLW5lZ2FyYSZJdGVtaWQ9NTY=> Selasa,
> 18 November 2008 13:39 www.mykhilafah.com Sejak rungutan pasangan suami
> isteri Micheal O'leary Abdullah dan Dr. Intan Sabrina Mohamad terhadap
> penayangan sajak kematian kepada para pelajar sekolah rendah, isu tersebut
> telah mengundang polemik pro dan kontra. Terdapat pasangan ibu bapa yang
> beranggapan bahawa video tersebut terlalu ekstrem dan boleh membawa kesan
> trauma kepada kanak-kanak. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun
> Hussein pula dipetik sebagai berkata,
>
> "Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara
> berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap
> anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,"
> [Malaysiakini, 11 Nov 2008]
>
> Sajak yang diselitkan pada sebuah sketsa mayat menghadapi seksaan kubur
> telah dijadikan bahan pengajaran oleh sesetengah pihak sekolah dengan tujuan
> untuk mendidik pelajar-pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan
> solat.
>
> Amat pelik, akibat rasa tidak senang ibu bapa melihat perubahan kanak-kanak
> tahap 1 dan 2 setelah menonton video tersebut, Kementerian dengan sepantas
> kilat mengarahkan penayangan video tersebut dihentikan, Sebaliknya
> filem-filem seram yang sarat dengan khurafat yang tumbuh bagai cendawan yang
> ditayangkan di kaca televisyen tidak pula dianggap ekstrem serta
> meninggalkan kesan trauma.
>
> Inisiatif guru-guru dalam kes ini amat mudah difahami. Generasi yang lahir
> dari acuan sistem pendidikan sekular semakin hari semakin jauh dari
> kehidupan Islam. Kes-kes jenayah dan salah laku yang melibatkan para pelajar
> semakin hari semakin meningkat akibat sistem yang hanya mementingkan
> pencapaian akademik dan meninggalkan aspek pembentukan syakhsiyah Islam.
>
> Memupuk para pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan solat,
> menjadi anak yang patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT dilihat tidak
> sepenting mendapat 5A dalam UPSR. Ibu bapa akan berbangga apabila anak-anak
> mereka mendapat 5A walaupun anak-anak itu hakikatnya sering meninggalkan
> solat atau langsung tidak tahu cara untuk solat. Walhal Allah SWT berfirman;
>
> *"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
> api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."* [TMQ At-Tahrim
> (66):6]
>
> Hakikatnya, mendidik anak agar patuh kepada segala perintah dan larangan
> Allah SWT merupakan kewajipan sang ibu bapa dan jika dilalaikan akan
> mengakibatkan dosa besar terhadap ibu bapa dan akan di azab oleh Allah di
> akhirat nanti.
>
> Pada peringkat awal umur, anak-anak telah didik agar mentaati Allah SWT.
> Sungguhpun perintah solat tidak diwajibkan sebelum umur baligh, Rasulullah
> SAW telah mewasiatkan;
>
> *"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat apabila berumur tujuh tahun,
> pukullah (jika tidak solat) apabila ia mencapai umur 10 tahun" *[ Hadis
> Riwayat Muslim]
>
> Dalam hadis di atas telah digariskan tahapan umur mendidik anak-anak agar
> mendirikan solat. Pada tahap umur 7 tahun hingga 10 tahun, anak-anak dididik
> mendirikan solat tanpa pukulan sebaliknya cukup dengan cara memotivasikan
> dengan kenikmatan syurga dan dengan cara ancaman dengan seksaan neraka.
>
> Jika ada pihak berpendapat bahawa video klip tersebut terlalu ekstrem untuk
> digambarkan kepada anak-anak di bawah umur, ini bermakna ia wajar
> ditayangkan kepada pihak yang sudah berumur. Sudah tentu sajak-sajak dan
> video klip yang menginsafkan seperti ini amat sesuai untuk Menteri
> Pelajaran, dan harus diperbanyakkan lagi untuk tayangan beliau agar beliau
> sedara bahawa kurikulum pendidikan sekular yang beliau terapkan hari ini
> akan melayakkan beliau untuk mendapat seksa dan azab Allah. Insya Allah jika
> Menteri Pelajaran sudah insaf, maka kita akan dapat melihat perubahan sistem
> pendidikan kita kepada sistem pendidikan Islam yang akan melahirkan generasi
> yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunah
> sebagai panduan hidup, menggantikan falsafah dan dasar polisi pendidikan
> negara yang sekular yang ada sekarang.
>
>
> --
> Wanna think & feel beyond the ordinary ??? Visit www.mykhilafah.com
>
>
> ------------------------------
> Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live
> Messenger <http://get.live.com/messenger/overview>
>
4.

Bupati Itu Orang " Cina " ...

Posted by: "nikeee_nelson_08" nikeee_nelson_08@yahoo.com   nikeee_nelson_08

Mon Nov 24, 2008 3:07 am (PST)

ini dari milis sebelah,
saya coba share dengan teman2 milis di dunia politik

semoga bermanfaat

thx

BUPATI ITU ORANG "CINA"....!! !
Oleh: Kenken

Belum terlalu hilang dari ingatan: hingar bingar, nyala api,
asap hitam membumbung, teriakan massa anarkis memporak
porandakan isi Jakarta, Medan dan Solo di peristiwa Mei 98.
Tiba-tiba di tahun 2005 seorang etnis Tionghoa bernama Ahok
terpilih menjadi bupati di daerah basis Masyumi-Belitung
Timur.

Ir. Basuki Tjahaja Purnama MM bernama asli Zhong Wan Xie
lahir di Manggar pada tanggal 29 Juni 1966. Masyarakat
Bangka-Belitung dan juga sebagian Jakarta memanggilnya
Ko Ahok (elder brother Ahok). Sosoknya tinggi di atas rata-rata
manusia Asia. "ini fenomena besar" kata Ahan, seorang pemuda
Tionghoa, ketika membaca berita pelantikan "Bupati Ahok"
di medio 2005 setelah mengantongi 37,13% suara pemilih.

Ada nada haru, tidak percaya sekaligus kaget, tampak
pada raut wajah dan sorot mata pemuda Ahan kala itu.
Bagaimana mungkin, seorang Tionghoa bisa dipilih di sebuah
daerah berkomposisi 93% muslim pribumi. Tetapi di tahun itu,
Ahok terpilih lewat mekanisme demokratis dan termasuk
paling bersih dalam sejarah pilkada di Indonesia.

Salah seorang peserta diskusi regular Sinar Harapan pernah
berkata bahwa Ahok adalah bupati pertama beretnis Tionghoa
setelah zaman Mataram. "Baguslah, Indonesia ada perubahan"
kata Wignyo Prasteyo, aktifis 98 yang terlibat dalam perjuangan
reformasi. "Pluralisme dan kesetaraan before the law mesti
terus diperjuangkan" kata Wignyo.

Nada pesimis tetap dapat ditemui di sela-sela optimisme
beberapa kalangan. Limwiss, seorang karyawati perusahaan
Jepang di Jakarta, berkata "Soalnya siapa pun orang Chinese
jadi pemimpin di Indonesia tidak ada pengaruh. Posisi orang
Chinese itu berat di pemerintahan. Sana-sini kena". Sedangkan
laporan TEMPO menyatakan Ahok adalah pahlawan baru
bagi sebagian besar warganya.

"Kamu ini benar-benar anak ideologis bapakmu" kata mantan
wakil walikota Pangkalpinang kepada Ahok di sebuah pesta resepsi
pernikahan temannya. Beberapa kelompok menolak Ahok berdasarkan
surat Al-Maeda 51 yang menolak non-muslim untuk menjadi
pemimpin. Endah Handayani Syarif, putri pejabat PT. Timah di
Belitung Barat mengatakan "keluarga kami memilih Ahok dengan
alasan mencoba yang baru. Ahok kan "cina", selama
ini pribumi yang mimpin tapi kita tetap aja susah".

Di akhir masa kekuasaan Suharto, terdapat seorang menteri
beretnik Tionghoa bernama Bob Hasan (The Kian Seng) dalam
formasi menteri Kabinet Pembangunan VII Orde Baru . Hasan,
teman bermain golf Suharto, menduduki kursi menteri
hanya sekitar 2 bulan. Banyak pihak menuding bahwa naiknya
anak angkat Jenderal Gatot Subroto itu tidak lebih sebagai
permainan Suharto untuk menampilkan "wajah-reformis" . Setelah
reformasi bergulir, jerat hukum mengharuskan Bob Hasan, yang
juga sering dijuluki "raja kayu", mendekam di penjara Nusakambangan
karena terbukti melakukan tindak kejahatan korupsi.

Sebelum Ahok menjadi bupati, pentas politik nasional juga
dimeriahkan oleh kiprah Kwik Kian Gie. Antara tahun 1999-2000,
KKG menjabat Menteri Kordinator Ekonomi di pemerintahan Gus
Dur. Berbeda karakter dengan Muhamad "Bob" Hasan, seorang
Kwik Kian Gie tetap diakui sebagai tokoh bebas KKN disamping
analisa-analisa ekonominya selalu menjadi bahan pembicaraan
kalangan akademisi dan pelaku ekonomi.

Tetapi jabatan eksekutif di pemerintah daerah tingkat dua seperti
bupati dan walikota memiliki kekhususan tersendiri, dibandingkan
dengan anggota legislatif (DPR-RI) maupun jabatan pembantu
presiden sebagai menteri negara. "Karena seorang bupati bersentuhan
langsung dengan rakyat, melihat secara langsung penderitaan
dan masalah rakyat di akar rumput", kata Tutut Herlina, aktifis
yang sekarang menjadi wartawan.

Istilah Bupati berasal dari bahasa Sansekerta "Bhupati" yang
berarti "raja dunia". Sebelum tahun 1945, gelar bupati hanya
dipakai di pulau Jawa, Bali dan Madura. Pasca reformasi dan
pelaksanaan otonomi daerah, seorang bupati memiliki kewenangan
menjalankan pemerintahan daerah yang ditetapkan oleh DPRD
tingkat 2. Kekuasaan seorang bupati diperoleh atas mandat
dipilih langsung oleh rakyat setempat melalui mekanisme
pilkada. Sekalipun pasangan calon bupati dan wakil bupati
masih ditetapkan oleh partai politik. Baru-baru ini UU calon
independent memungkin calon bupati tidak diusung oleh
partai politik.

Selama menjadi bupati, Ahok selalu membuka lebar
kaca jendela mobil dinas Nissan Terano-nya. Ia tak segan
menyapa setiap orang yang kebetulan berpapasan, entah
itu pribumi, Tionghoa, Kristen, Islam, Konghucu, Budhis
diperlakukan setara dan penuh hormat.

Sekalipun diusung oleh 2 partai gurem: PIB dan PNBK, Ahok
menggebrak 2 masalah utama masyarakat yaitu Pendidikan
dan Kesehatan.

Jaminan pendidikan bagi rakyat menjadi tren kampanye
calon bupati/walikota di seluruh Indonesia pasca Ahok. Tetapi
menurut Ahok, dia tidak pernah menggratiskan pendidikan
dan kesehatan. Pola "gratis-gratisan" tidak sehat menurut
Ahok. Ia hanya menjamin bahwa siapapun rakyat, terutama
rakyat tidak mampu, harus dapat mengakses pendidikan dan
kesehatan. Di bawah kepimpinan Ahok pula, belasan siswa
berprestasi dapat dikirim kuliah ke Jakarta lewat program
bea-siswa. Setiap siswa disubsidi Rp 1 juta perbulan.

Aneh, Ahok melakukan gebrakan ini tanpa didukung oleh
dukungan partai politik di DPRD. Rasionalitas politik menyatakan
bahwa hanya seorang bupati dengan basis dukungan kuat partai-politik
saja yang mampu melakukan gebrakan seperti ini. Itu pun
sangat jarang kita temui di seantero Indonesia. Biasanya,
walikota/bupati lebih sibuk berkongkalikong dengan anggota
dewan dan pengusaha daripada "ribet urus" rakyat.

Program jaminan pendidikan dan kesehatan dilaksanakan
Ahok dengan menerapkan jurus dagang. Ia berdebat keras
hingga mampu menaklukan PT. Askes dalam urusan premi
kesehatan rakyat Beltim. Hasil tawar-menawar antara Bupati
Ahok vs PT. Askes menghasilkan sebuah kesepakatan bahwa
pemerintah daerah cukup membayar separoh harga normal untuk
menopang biaya asuransi kesehatan 50 ribu penduduk Beltim.
"itu baru bener" kata Asri, staf Komnas HAM. "Bupati
memang harus tidak korupsi dan menggunakan anggaran
negara untuk masyarakat. Jangan dikorup kayak bupati-bupati
lain", tambah Asri yang berjilbab hitam.

Sebelum Ahok, tidak ada bupati yang memotong biaya
perjalanan dinas dari Rp. 1 milyar per tahun menjadi
seperlimanya. "Gila, hebat amat" kata Web Warouw, wartawan
Sinar Harapan. "Seandainya setengah dari 400 kepala daerah
tingkat 2 seperti Ahok, beres negara ini", lanjut Web dengan
penuh harapan.

Laporan TEMPO menurunkan berita bahwa menurut para
pegawai negeri Belitung Timur, Ahok sangat keras menerapkan
disiplin. Mereka yang ketahuan "kongkow" pada jam kerja
langsung mendapat sangsi, ditahan kenaikan pangkatnya.
Di sisi lain, Ahok memberi honor untuk para ketua RT Rp.
300 ribu, Ketua Dusun Rp. 640 ribu, dan Kepala Desa
Rp. 2 juta per bulan. "ternyata cukup ya anggaran negara
kalau tidak dikorupsi oleh bupatinya", celoteh Asri dari
Komnas HAM.

Keberpihakan dan prestasi Ahok selama menjabat bupati
dihargai oleh Gerakan Tiga Pilar Kemitraan yang terdiri dari
Masyarakat Transparansi Indonesia, KADIN dan Kementerian
Negara Pemberdayaan Aparatur Negara sebagai pejabat negara
anti korupsi.

Oleh majalah TEMPO, Ahok terpilih sebagai 1 di antara
10 tokoh yang mampu mengubah Indonesia. "Ahok semestinya
menjadi 'Obama-Indonesia' , bukan si Rizal Malalareng" kata Ahan
di sela-sela aktifitas menjual bubur ayam di depan rumahnya
yang berdekatan dengan pasar tradisional di kawasan Jelambar
Jakarta Barat

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Messenger

Instant hello

Chat in real-time

with your friends.

Yahoo! Groups

Cat Owners Group

Connect and share with

others who love their cats

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
•      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
•      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
•      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com