20081129

PAS salur bantuan awal pada mangsa kebakaran

PETALING – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menyampaikan bantuan awal berupa bekalan makanan harian kepada sembilan keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah kedai sembilan pintu yang berlaku di Pekan Petaling, semalam.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Zulkefly Mohamad Omar berkata, bantuan ini merupakan bantuan awal dan pihaknya akan merencanakan bantuan susulan hasil daripada perbincangan yang bakal dijalankan dengan semua mangsa kebakaran.

Menurutnya, sebagai sebuah parti politik yang sentiasa dekat dengan masyarakat, pihaknya akan sentiasa memberi bantuan kepada semua golongan masyarakat sama ada golongan yang dinafikan haknya atau golongan yang dilanda musibah.

“Pas adalah untuk semua dan sentiasa bersama masyarakat serta memberi bantuan mengikut kemampuan dan aktiviti seumpama ini merupakan aktiviti rutin yang sering dilaksanakan Pas,” katanya.

Zulkefky berkata, mangsa ketika ini sedang mengalami kesukaran dan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Sokongan yang diberikan bukan hanya sekadar sokongan berbentuk material tetapi sokongan emosi juga amat diperlukan oleh mereka.

“Mangsa perlu diberi semangat dan keyakinan yang mana mereka mampu membangunkan kembali perniagaan yang musnah dalam kebakaran tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa memberi sumbangan di Pekan Petaling, semalam.

Selain itu, beliau turut menyatakan atas rasa tanggungjawab dan kasih, hubungan seperti ini amat dialu-alukan pihaknya dan berharap hubungan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk lebih memahami antara satu sama lain.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com