20090518

Israel rancang kuasai Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel ada rancangan sulit mewujudkan kawasan tadbir sendiri di sekeliling Kota Lama yang menempatkan tempat ibadat Yahudi, Islam dan Kristian sebagai cara terus menguasai Baitulmaqdis, sekali gus menyekat hasrat pemimpin Palestin menjadikan kawasan timurnya sebagai ibu kota pada masa depan.

Rancangan itu mendapat sokongan pejabat Datuk Bandar Baitulmaqdis dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan didedahkan seminggu sebelum Netanyahu berunding dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Washington.

“Pelan membina sembilan taman Yahudi itu diselaraskan dengan kerjasama kumpulan ultra-nationalis dan hanya meliputi bahagian Yahudi.

“Rancangan itu juga membabitkan langkah memusnahkan kediaman Palestin yang dibina tanpa permit selain membiarkan kawasan arkeologi Muslim,” kata Daniel Seidemann, pengasas kumpulan hak asasi manusia Ir Amim.

Kota Lama menempatkan Masjid al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam dan Masjid Kubah Batu manakala Tembok Ratapan adalah tempat ibadat penduduk Yahudi. - AFP “Rancangan itu juga membabitkan langkah memusnahkan kediaman Palestin yang dibina tanpa permit selain membiarkan kawasan arkeologi Muslim,” kata Daniel Seidemann, pengasas kumpulan hak asasi manusia Ir Amim.

Kota Lama menempatkan Masjid al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam dan Masjid Kubah Batu manakala Tembok Ratapan adalah tempat ibadat penduduk Yahudi. - AFP

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com