20090518

Nazrin, Buatlah Yang Patut

Sanggupkah Nazrin Shah, Raja Muda Perak membiarkan legasi ayahandanya berakhir begini. Tercatat dalam sejarah sebagai detik hitam demokrasi. Lihatlah apa yang berlaku di dalam Sidang Dewan hari ini.

Kickdefella Blog tidak mahu menunding kepada sesiapa apa yang berlaku pada hari ini. Kedua-dua pihak mempunyai alasan mereka dan berdasarkan alasan mereka, mereka tentu merasa berhak mempertahankan hak-hak mereka.

Tetapi pihak ke tiga mampu merungkai kekusutan ini. Oleh yang demikian, saya dengan pernah rendah diri merayu dengan penuh takzimnya agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak supaya rakyat dapat diberi semula kuasanya menentukan mandat baru yang mereka ingini.

Saya merayu.

Kickdefella

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com