20081105

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1717

Messages In This Digest (2 Messages)

1.
MANDI TELANJANG From: Eamie Firdaus bin Mussafar
2.
Bocor Lagi From: Eamie Firdaus bin Mussafar

Messages

1.

MANDI TELANJANG

Posted by: "Eamie Firdaus bin Mussafar" eamie.firdaus.mussafar@time.com.my

Mon Nov 3, 2008 5:40 pm (PST)



MANDI TELANJANG
<http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/mandi-telanjang.html>

Soalan; assalamualaikum. .ustaz saya nak tanya satu soalan.Apa hukum
seseorang yang sudah baligh mandi dalam keadaan telanjang?

Jawapan;

Mandi telanjang jika di khalayak ramai hukumnya haram. Adapun di tempat
tersembunyi atau tertutup, diharuskan.[1]
<http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5880846440950143019#_ftn1>
Menurut Qadhi 'Iyadh; hukum harus ini adalah pandangan jumhur (majority)
ulamak. Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan; "Adalah
Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian
mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s.
mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani
Isreal) mendakwa; 'Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita
melainkan kerana buah zakarnya bengkak'. Satu hari Musa pergi untuk
mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari
bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan
bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; 'Pakaianku, wahai
batu', hingga ia dilihat oleh Bani Isreal. Maka mereka berkata; 'Demi
Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang
didakwa)'. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul
batu itu" (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.). Jika mandi
bertelanjang di tempat tertutup itu haram hukumnya, sudah tentu Nabi
s.a.w. akan menjelaskannya dalam hadis di atas. Maka tanpa penjelasan
dari baginda, menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah harus.
Menurut ulamak; berhujjah dengan hadis tersebut adalah satu cabang dari
berhujjah dengan syariat sebelum Islam.

Walaupun harus, namun yang terbaik ialah mandi dengan menutup aurat
dengan kain basahan atau sebagainya. Ini kerana terdapat hadis dari
Mu'awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya
Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan
bila masanya harus kami buka?". Jawab baginda; "Jagalah aurat kamu
kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki". Aku
bertanya lagi; "Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang
bersendirian?" . Nabi menjawab; "Allah lebih layak untuk kamu malu dari
manusia" (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah.
Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Imam Abu Laila menyanggahi pandangan jumhur di atas di mana menurut
beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau
tersembunyi kerana air juga mempunyai penghuninya.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, Kitab al-Haidh, Bab
Jawaz Ightisal Uryanan Fi al-Khalwah.

Nota kaki;

[1]
<http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5880846440950143019#_ftnref
1> Secara amnya, harus bertelanjang ketika bersendirian jika ada
keperluan seperti ketika mandi, ketika buang air, ketika bergaul dengan
isteri dan sebagainya. Jika tiada keperluan, para ulamak berbeza
pandangan. Menurut mazhab Syafi'ie (berdasarkan pandangan yang rajah);
haram bertelanjang tanpa ada keperluan, yakni; hukum menutup aurat
ketika bersendirian adalah wajib kecuali ketika perlu membukanya seperti
dalam beberapa keadaan di atas.

.::our little group has always been & always will until the end, with
the lights out it's less dangerous, here we are now, entertain us, i
feel stupid & contagious, here we are now entertain us a mulatto, an
albino, a mosquito, a libido, yay, yay, a denial, i'm worse at what i do
best & for this gift i feel blessed, i found it hard, it was hard to
find, oh well, whatever, nevermind::.

.

<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=16782148/grpspId=1705020655/
msgId=14275/stime=1225762652/nc1=5008814/nc2=5202323/nc3=3848586>


2.

Bocor Lagi

Posted by: "Eamie Firdaus bin Mussafar" eamie.firdaus.mussafar@time.com.my

Mon Nov 3, 2008 11:15 pm (PST)

> Bocor Lagi
> by Keris Silau - Malaysia Today
>
> Bocor teruk kata Samy
> Wiring lama kata Ramli
> Bangunan tua kata Nazri
> Najib said it's PWD
>
> Semua ada alasan sendiri
> But where you all spent the money?
> RM90 juta untuk cantikkan lobby
> So that it looks luxury
>
> Nice décor and nice settee
> But now you kena letak baldi
> Bocor teruk when it rains heavily
> MP yang busuk pun boleh mandi
>
> The floor is wet and slippery
> The luxury lobby now looks untidy
> Inilah dia third class mentality
> Luar cantik tapi dalam very shoddy
>
> Structure work should get priority
> And now whose responsibility
> JKR or Parliament Committee
> While you all gaduh sama sendiri
>
> Rakyat want an answer immediately
> Otherwise kita tak bagi you undi
> Sebab you spent money unnecessarily
> You know it is taxpayers' money
> So please spend the money wisely.

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Messenger

PC-to-PC calls

Call your friends

worldwide - free!

Y! Groups blog

The place to go

to stay informed

on Groups news!

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
•      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
•      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
•      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com