20090104

Akhirnya...Rahim layak bertanding

Akhirnya, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berjaya mendapat lessen melayakkan dirinya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO setelah berjaya mendapatkan pencalonan ke—20.

Beliau memperolehi pencalonan berkenaan daripada UMNO Bahagian Seremban yang bersidang semula hari Sabtu.

Turut dicalonkan bagi jawatan itu iialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Mengulas mengenai pencalonannya itu, Rahim yang juga pemerhati Majlis Tertinggi (MT) ke persidangan Bahagian itu bersyukur kerana mendapat pencalonan yang melayakkannya bertanding.

Tambahnya, walaupun agak lewat melepasi kouta syarat layak bertanding dan jumlah pencalonan yang terendah di kalangan calon-calon lain, Rahim yakin untuk meraih undi dalam pemilihan akan datang.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Seremban kerana memberi sokongan ini. Akhirnya saya melepasi kuota untuk bertanding jawatan tersebut dan ini merupakan pencalonan akhir yang dibuat di bahagian Seremban. Pencalonan dari Seremban ini akan membolehkan saya membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan tersebut bersama calon lain,” katanya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com