20090103

Percanggahan Di Dalam Kem Pilihanraya Pembangkang?

Dr Novandri Hasan Basri


Seperti yang kita duga, kepimpinan tertinggi PAS seperti tidak begitu yakin dengan kemampuan mereka untuk bertanding di pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Ini dikuatkan lagi dengan pelbagai helah Presiden PAS yang masih melengah-lengahkan lagi nama calon PAS untuk plilihanraya kecil kali ini.

Presiden PAS juga terdesak untuk menjaga imejnya sebagai ketua parti dan tidak nampak dibayangi oleh Nik Abdul Aziz yang awal-awal lagi telah meletakkan nama Mohamad Sabu sebagai calon pilihan beliau.

....Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian. "Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari)," katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu - MalaysiaKini

Jelas sekali bahawa jawapan Hadi kali ini amat mencurigakan dan seperti berlaku satu konflik dalaman yang cuba hendak disembunyikan oleh kepimpinan tertinggi PAS dan PR.

Malah jawapan Hadi itu juga bercanggah dengan kehendak Pengarah Jentera kecil PAS Terengganu.

...Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan - MalaysiaKini

Apakah percaturan politik Presiden PAS selepas ini?

Apakah Hadi akan menuruti cakap Nik Aziz atau bertindak sebagai ketua parti yang mempunyai calon yang beliau sendiri fikirkan terbaik untuk mewakili parti Pakatan Rakyat yang juga diwakili oleh parti DAP?

Apakah parti DAP yang mempunyai pemimpin-pemimpin anti-PAS suatu ketika dahulu sehinggakan ada yang mengatakan 'langkah mayat dia dahulu', akan bersama-sama PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil ini dengan serius?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS sanggup bermesra-mesraan dan 'berpegang tangan' dengan pemimpin-pemimpin DAP di Kuala Terengganu kelak?

Realitinya, penulis tidak sabar untuk melihat Hadi dan Lim Kiat Siang berpelukan sekali lagi di Kuala Terengganu nanti. Apakah ahli-ahli PAS akan bersorak gembira atau sebaliknya?

MINDA INTELEK MELAYU


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com