20090104

Kuala Terengganu : Dua ketua bahagian berentap

PAS menamatkan teka teki dengan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endot sebagai calonnya untuk berentap dengan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman berkenaan di Stadium Negeri di Batu Burok,Kuala Terengganu Khamis malam setelah timbul pelbagai spekulasi termasuk pergeseran antara pimpinan parti itu mengenai pemilihan calon.


Mohd Abdul Wahid Endot,52 yang namanya tidak terlintas langsung dalam segala teka teki ialah Ketua Bahagian PAS Kuala Terengganu dan sudah lima penggal menjadi ADUN.

Ia akan merupakan pertandingan antara dua Ketua Bahagian memandangan Wan Farid juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Apa yang membuat para pemerhati politik tertarik ialah kenyataan Hadi semasa membuat pengumuman itu dimana beliau tegas memberitahu calon itu ‘ adalah pilihannya sendiri’.

Katanya keputusan itu mendapat restu dari Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini mahu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang tewas semasa pilihanraya umum Mac 2008 bertanding semula di situ.

Sebelum ini tumpuan spekulasi ialah pada ADUN Batu Burok ,Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, yang pernah jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kelewatan PAS mengumumkan calonnya iaitu 11 hari selepas BN mengumumkan nama Wan Farid telah menjadi buah mulut ramai.

Ini lebih-lebih lagi adanya tanda-tanda wujud pergeseran dalam memilih calon diantara puak Erdogan dalam PAS yakni yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan golongan yang tidak mahu mereka dilihat berada dibawah telunjuk Penasihat PKR itu.

Apapun senario menjelang pilihanraya ini pasti menjanjikan suasana yang mendebarkan mengenangkan perbezaan undi 628 yang dimenangi oleh calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com