20090103

DAP Repot Kepada Anwar Ibrahim..

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah satu perkara lumrah yang semua orang (termasuk ahli-ahli PAS dan DAP) sudah tahu jawapannya apabila kita membincangkan isu perkahwinan parti PAS dan DAP?

Ya benar.

Mereka tidak akan dapat berkongsi ideologi politik. Ianya diibaratkan seperti langit dan bumi, cuma bezanya ialah pemimpin-pemimpinnya dapat berlakon dengan agak baik seperti adegan drama Anwar Ibrahim dan 16 September beliau.

Apabila berdepan dengan orang Islam, PAS akan melaung-laungkan negara Islam dan hududnya tetapi apabila dengan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin PAS menyepi seribu bahasa malah dapat bersekongkol dengan rela hati bersama-sama pemimpin-pemimpin DAP.

Makanya, tidak menghairankan apabila Lim Kiat Siang dan anak kesayangan beliau yang juga kroni nyata beliau, Lim Guan Seng, melenting menyatakan tanda bantahan terhadap kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa PAS akan tetap menjalankan hukum Hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Apa pun, penulis lebih berminat menunggu jawapan Karpal Singh mengenai isu hudud ini. Beliau lebih dramatik apabila membicarakan isu hudud ini. Berkemungkinan besar beliau akan mengulangi hasrat beliau untuk dilangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mahu melaksanakan hukum Hudud?

Jika kita amati dengan teliti, pihak yang sebenarnya menjadi mangsa dek lakonan Husam dan the Lim's ialah ahli-ahli PAS itu sendiri.

Penulis simpati apabila ahli-ahli PAS diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Perjuangan ahli-ahli PAS yang berpaksikan kepada perjuangan asal parti PAS telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Yang bertambah malang ialah pemimpin-pemimpin PAS seperti Husam tidak lagi berselindung dan mampu menjadi talam dua muka hanya kerana mengejar undi-undi bukan Melayu yang dipunyai oleh DAP.

Kini PAS tidak boleh lagi melaung-laungkan perjuangan Islam mereka kerana mereka juga adalah parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim yang sememangnya mahukan undi-undi bukan Melayu jatuh ke pangkuan beliau.

Penulis tidak pasti jawapan Anwar Ibrahim apabila Guan Eng merepotkan 'kenakalan' Husam kepada beliau. Seperti kata Guan Eng, hudud tidak terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak dapat berpihak kepada mana-mana parti.

Mungkin satu perkara yang mampu Anwar lakukan ialah melencongkan pemikiran rakyat daripada terlalu memikirkan perbalahan di antara DAP dan PAS dengan mewar-warkan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun baru ini?

Dan seperti biasa, Lim Kiat Siang akan mula mengertak dan meleceh-lecehkan pemimpin PAS.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi - MalaysiaKini

Kesimpulannya, mungkin sudah tiba masanya untuk ahli-ahli PAS kembali berfikir.

2 perkara mungkin boleh dilakukan iaitu mendesak pemimpin-pemimpin PAS supaya menarik parti PAS keluar daripada Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahli keluar daripada parti tanda tidak setuju.

Terpulanglah.

MINDA INTELEK MELAYU

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com