Assalamulaikum,
Tuan Mod, saya minta laluan, terima kasih.
En Ahmad, saya bukanlah Ahli dalam bab hukum dan dalil ni..namun soalan yang ditanya membuatkan saya sangat bengang.
1)Azan ni sunat.X perlu tunggu waktu baru nak azan.Tak perlu tunggu pukul 12.00tgh mlm.En Ahmad kalau nak azan setiap minit pun boleh.Hiburan yang dimaksudkan itu mengikut Islam, x de serunai (alat tiupan) mahupun petikan tali gambus (gitar). Saya tanya En Ahmad balik, konsert tahun baru di KL tu, ada tiupan atau petikan tali gitar tak?ada kan, so saya pulak nak tanya, APA KEJADAHNYA dalil yang benarkan alat muzik tu dimainkan?En Ahmad tak nak tanya penganjur konsert tu ke i.e DBKL ke, Kementerian Kebudayaan ke pasal dalil bagi konsert tu?Benda yang baik ditanya dalil, benda haram x nak tanya pulak dalil tu.
2)kenapa nak cari Pelajar dari Tok Guru PAS untuk jawab soalan dalil, ustaz2 JabAgamaIslamWilayahPersekutuan, Pak Menteri dlm JPM, Sister in Islam yang tak pakai tudung pun boleh jawab kan.Mungkin diorang pun tahu dalil ni, sebab tu diorang claim Islam dalam Kementerian/Badan/Pertubuhan diorang.Nampak sangat soalan berbau politik.Benda dalil tanya orang PAS, benda Haram tak nak pulak tanya diorang.
Saya cadangkan item ini dibuang oleh Tuan Mod kerana tidak membantu dari segi keilmuan.Sekadar bualan kedai kopi.
Terima kasih. Assalamulaikum
Sent: Monday, January 5, 2009 12:49:44 PM
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan - (apa dalilnya?)
Assalamualaikum,
1) Boleh saya tahu apakah tujuan sebenarnya azan itu, adakah ianya semata-mata syiar Islam boleh dilaungkan bila mana kita suka. Ataupun ianya juga bertujuan memanggil orang solat. Solat apakah pukul 1200pagi tu ya, kalau lepas tu diadakan hiburan?
2) Setahu saya dalam kitab Fiqh bab pembayaran zakat menerangkan bahawa perubahan tarikh sebenar mengikut Islam adalah bila terggelammnya matahari. Jadi kenapa pukul 1200 malam dijadikan masa launga azan?
Ada sesiapa Ustaz atau Ulama atau sesiapa dari pelajar TG Nik Aziz atau Ustaz Haron Din atau TG Haji Hadi jawab permasalah saya ini. Saya minta penjelasan berasaskan dalil yang benar.
sekian wassalam
Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.
Ahmus
No comments:
Post a Comment