20090104

Calon: Nik Aziz kata PAS Terengganu ada masalah...Husam kata itu strategi

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang digambarkan selama ini sebagai perancang utama dalam PAS, hari Rabu tampil mempertahankan tindakan parti itu tidak mengumumkan nama calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih awal.

Walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan kelewatan pengumuman calon parti itu kerana masalah dalaman PAS Terengganu, tetapi Husam memberikan kenyataan yang lain pula.

Katanya, parti itu tidak berhadapan dengan kemelut atau konflik dalam memilih calon sebaliknya pengumuman yang hanya akan dibuat hari Khamis adalah merupakan strategi yang terbaik.

“Kita tidak mahu calon kita diumum terlebih awal seperti BN bagi mengelakkan calon kita terdedah kepada kritikan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu.

Memang difahami kenapa Husam harus menafikan wujudnya pergolakan berkenaan kerana selama ini nama beliau dikaitkan dengan usaha mempengaruhi parti untuk meletakkan calon dariapda kalangan kumpulan Erdogan – kumpulan yang rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS.

Ia dapat dilihat apabila melalui Nik Aziz, nama Mohamad Sabu dilontar terlebih dahulu dan apabila ada penentangan daripada PAS Terengganu, kumpulan Erdogan ini telah melobi agar ADUN Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dipilih.

Malah, wujudnya kempen yang memburuk-burukkan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali bagi memastikan beliau tidak dipertimbangkan untuk menjadi calon.

Menurut Husam, Pas mengambil sikap untuk mengumumkan nama calonnya pada waktu yang sesuai.

Malah jelasnya, parti itu tidak terlewat mengumumkan calonnya kerana pengumuman esok adalah lima hari sebelum penamaan calon pada 6 Januari

“Kalau kita umumkan pada 5 Januari baru boleh dikatakan lewat,” katanya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com