20090103

Manipulasi Kerajaan PAS-DAP Perak..

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya, kerajaan campuran negeri Perak yang diketuai oleh DS Mohammad Nizar Jamaludin (PAS) sudah bertambah 'bijak' untuk memanipulasikan kerajaan negeri, undang-undang negeri dan persekutuan.

Pertama, Nizar (PAS) sudah mulai tahu selok belok kewangan kerajaan negeri dan tidak berasa malu untuk mengsyorkan pembelian kereta mewah Camry untuk exco-exco beliau.

Kedua, beliau dan rakan karib beliau daripada DAP yang juga Exco kanan beliau, Ngeh Koo Ham, sudah mulai tahu untuk membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Mereka masih berkeras untuk menggunapakai syarat keadaan khas di dalam Kanun Tanah Negara sebagai alasan untuk menjadi hero di negeri Perak.

Padahal, Kanun Tanah Negara masih termaktub di dalam segala pengertian Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan pandangan TPM mengenai isu ini :-

PUTRAJAYA 23 Dis. – Cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

‘‘Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis tersebut di sini hari ini
- Utusan Malaysia

Buktinya nyata. Jika kita merujuk Perkara 91 - Majlis Tanah Negara di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia :-

(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.


Dan jika ada pun sebarang undang-undang negeri yang boleh dimanipulasikan oleh MB Perak dari PAS dan rakan karib beliau daripada DAP, kerajaan negeri masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang boleh overwrite undang-undang negeri itu.

Jika kita rujuk Perkara 75 - Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Nampaknya, Pakatan Rakyat semakin bercelaru. Mereka tampak seperti sudah hilang hala tuju dan tidak dapat memfokuskan tanggungjawab mereka setelah diberikan kepercayaan yang oleh pengundi-pengundi pada PRU-12.

MINDA INTELEK MELAYU

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com