20090101

Mat Taib dan Ketuanan Melayu


Hari itu Sin Chew Jit Poh melaporkan Mat Taib berkata Ketuanan Melayu tidak wujud.. Tak percaya Husin dia berkata demikian. Biar Husin cuba terangkan apa itu Ketuanan Melayu dalam bahasa dan contoh yang mudah dia fahami.

Ketuanan ini datang dari perkataan tuan. Tuan boleh membawa maksud hormat. Macam kita guna tuan dalam perkataan tuan puteri. Fahamkan apa itu Tuan Puteri.

Kadang-kadang tuan tu gunanya macam tuan rumah. Macam kalau nak bawak bersiar-siar anak dara tuan rumah, kena mintak izin. Ini pula nak bawak lari ke Siam untuk nikah.

Yang salah adalah bila diguna macam tuan besar omputih. Ia bunyi macam tuan dan hamba. Kalau nak faham, dia macam orang yang bawa wang tunai RM2.4 juta dalam beg ke Australia. Itu macam tuan besar omputih tapi tak cakap omputih.

Tapi mengikut laporan, Mat Taib lebih percaya wujudnya Malay dominance. Akhbar tersebut melaporkan dia berkata:

"If a Malay-owned clinic is the only clinic in a village and patients of various racial groups come for consultation, it would be a Malay dominance in the village. Similarly, when residents of various racial groups get specialist services provided by a Chinese, it means the Chinese dominance in that place."
Bunyinya macam bila kita ada kuasa, kita luluskan permohonan tanah untuk Cina banyak-banyak dan jadilah Ketuanan Cina. Tanah yang dibenarkan jual untuk Melayu adalah tanah bukit. Bila lereng itu runtuh, tak lagi Ketuanan Melayu. Yang penting untuk Mat Taib, duduk diam-diam dan bairkan Khir Toyo menjawab.

Nak kata salah, tak salah apa Mat Taib kata. Nak kata betul, pun boleh juga. Keliru sekejap Husin dibuatnya.

Ramai menerangkan Ketuanan Melayu adalah kuasa raja atau kesinambungan kuasa kerajaan Melayu. Macam betul lagi kata Mat Taib. Ketuanan Melayu tak wujud semasa dia lahir lagi.

Mulai tahun 1874, Sultan, Orang-Orang besar dan Gangster-Gangster Cina di Perak buat persetujuan di Pangkor untuk setuju kasi kuasa pada Inggeris mentadbir. Tanya MB Perak sekarang, Ahmad Nizar, kerana dia tandatangan perjanjian kedua. Bila kemerdekaan dicapai hasil perjuangan tok moyang kita, orang Melayu tak dapat pun balik kerajaan Melayu kita kerana dipaksa kongsi.

Adakah akhbar pemutarbelit Ahmad Ismail salah terjemah? Adakah itu yang verbatim dikatakan Mat Taib?

Wow! Mat Taib cakap omputih? Hari minggu boleh beli nombor 1215 atau 1512.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com