20090113

Re: Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan - (apa dalilnya?)

Terima kasih en Bukhari, atas respon, cuma saya rasa lebih baik kita berbincang satu isu ke satu isu, saya mengupas isu ini berasaskan thread yang saya baca. Bukan memusingkan isu. Soalan saya simple apakah dalilnya? kalau ada dalil yang benar kita ikut, kalau tidak perkara tersebut tidak jelas, dan kita berhak untuk mendengarkan dalil dari orang yang melakukan perbuatan tersebut.

Sedangkan perkara maksiat yang dilakukan oleh kerajaan sekarang memang kita tahu dengan jelas dan benda itu kita bincang dalam threads lain tapi kerana tajuk dan berita ini menarik minat saya untuk membangkitkan persoalan maka saya tanya dalam bentuk ini. Adalah satu yang tidak logik saya bertanya kepada Mufti Wilayah terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

.
Namun oleh kerana persoalan ini adalah anjuran kerajaan PAS maka yang lebih layak saya mengkhususkan soalan kepada pengikut dan ahli-ahli PAS yang terdiri dari ulama dan anak-anak murid kepada TGNA atau TG Haji Hadi dll. Kerana ana tahu mereka semua tidak ada disini, yang ada anak-anak murid mereka. Minta kita menilai sesuatu dengan lebih terbuka bukan dengan cara memaksa. Ada dalil kita ikut, tidak ada dalil kita buang jauh-jauh.


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus




Date: Tuesday, January 6, 2009, 9:40 AM

Assalamulaikum,
Tuan Mod, saya minta laluan, terima kasih.

En Ahmad, saya bukanlah Ahli dalam bab hukum dan dalil ni..namun soalan yang ditanya membuatkan saya sangat bengang.

1)Azan ni sunat.X perlu tunggu waktu baru nak azan.Tak perlu tunggu pukul 12.00tgh mlm.En Ahmad kalau nak azan setiap minit pun boleh.Hiburan yang dimaksudkan itu mengikut Islam, x de serunai (alat tiupan) mahupun petikan tali gambus (gitar). Saya tanya En Ahmad balik, konsert tahun baru di KL tu, ada tiupan atau petikan tali gitar tak?ada kan, so saya pulak nak tanya, APA KEJADAHNYA dalil yang benarkan alat muzik tu dimainkan?En Ahmad tak nak tanya penganjur konsert tu ke i.e DBKL ke, Kementerian Kebudayaan ke pasal dalil bagi konsert tu?Benda yang baik ditanya dalil, benda haram x nak tanya pulak dalil tu.

2)kenapa nak cari Pelajar dari Tok Guru PAS untuk jawab soalan dalil, ustaz2 JabAgamaIslamWilaya hPersekutuan, Pak Menteri dlm JPM, Sister in Islam yang tak pakai tudung pun boleh jawab kan.Mungkin diorang pun tahu dalil ni, sebab tu diorang claim Islam dalam Kementerian/ Badan/Pertubuhan diorang.Nampak sangat soalan berbau politik.Benda dalil tanya orang PAS, benda Haram tak nak pulak tanya diorang.

Saya cadangkan item ini dibuang oleh Tuan Mod kerana tidak membantu dari segi keilmuan.Sekadar bualan kedai kopi.

Terima kasih. Assalamulaikum

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com