Dr Novandri Hasan Basri
Jika boleh, rundingan itu dibatalkan terus agar IJN tetap menjadi satu organisasi yang mempunyai struktur pengurusan, visi dan khidmat sosial yang identical seperti hari ini.
Penulis pasti, rakyat yang juga pembayar-pembayar cukai yang meyumbang dana kewangan kerajaan hari ini tidak akan mengeluh jika wang mereka dilaburkan ke satu organisasi hebat seperti IJN. Amat pelik jika ada yang bangkit marah atau memprotes jika wang mereka digunakan untuk menyelamatkan ribuan rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan kesihatan.
Realitinya, jantung kita hanya ada satu sahaja dan ia merupakan satu organ badan yang paling mustahak untuk menggerakkan kehidupan seharian kita.
Dalam masa yang sama, statistik IJN seperti yang penulis terangkan di dalam artikel sebelum ini dan sebagai seorang doktor, penulis tergerak untuk memberikan pandangan dari sudut kesihatan pula.
Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri.
Di Malaysia, selain daripada kematian akibat kemalangan jalanraya, penyakit jantung semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia dek proses urbanisasi yang serba sibuk, tanpa senaman dan tabiat pemakanan yang tidak sihat serta tidak teratur.
Selain daripada faktor genetik yang menyebabkan peningkatan kolesterol, kencing manis dan darah tinggi, rakyat juga terdedah dengan tahap stress akibat pekerjaan, keluarga dan masyarakat.
Yang menimbulkan masaalahnya ialah gejala-gejala yang disebabkan oleh kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi tidak begitu ketara sehinggakan seseorang itu berasakan tidak perlu berjumpa doktor. Seseorang itu akan menyangka bahawa beliau sentiasa sihat dan mampu menjalankan segala aktiviti seharian tanpa perlu mendapatkan sebarang konsultasi doktor dan rawatan kesihatan.
Akibatnya, struktur serta denyutan jantung seseorang itu mungkin telah berubah dan pembuluh darah yang menyokong sel-sel jantung itu mungkin menjadi sempit dan tersumbat.

Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari.
Pembuluh darah menjadi sempit kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami.
Perlu diingat bahawa pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.
Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Jika berlaku penyumbatan, seseorang itu bakal menghadapi 2 kemungkinan - maut sebelum sempat berubat atau pun berdepan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan serta pembedahan yang complicated untuk revive jantung itu kembali.
Tatkala itu, peribahasa seperti nasi sudah menjadi bubur amat tepat untuk menerangkan situasi kita ketika itu.
Makanya, ungkapan mencegah lebih baik daripada merawat amat tepat untuk menerangkan sebarang penyakit jantung yang semakin meningkat di negara ini. Yang membimbangkan ialah penyakit jantung bukan lagi eksklusif kepada golongan tua sahaja tetapi kebarangkaliannya juga melibatkan golongan muda seperti anda sekalian.
Penulis bukan mahu menakut-nakutkan anda sekalian tetapi ianya adalah fakta dan ada kalanya nasihat itu perlu 'menakutkan' supaya kita semua sedar dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah penyakit tersebut.
Kesimpulannya, kita mungkin hanya mampu memberikan protes kita kepada usaha pengambilalihan IJN oleh Sime Darby tetapi bagi penulis, kita semua juga mampu untuk memberikan sumbangan secara individu dalam hal ini iaitu dengan menjaga jantung dan kesihatan kita.
No comments:
Post a Comment