20090103

Permulaan Yang Menyakinkan..

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis teruja dengan bahan berita yang disiarkan di dalam Utusan-online hari ini. Ianya berkaitan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Di antaranya :-

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua 103 cawangan UMNO di Kuala Terengganu mahu Wan Ahmad Farid sebagai calon, malah beliau juga menjadi pilihan parti-parti komponen di kawasan itu untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu nanti.

Kenyataan TPM itu pasti akan menyuntik keyakinan dan semangat kepada jentera pilihanraya BN. Kata-kata TPM amat penting kerana perbalahan, pemulauan dan protes oleh sesetengah pihak di dalam parti sendiri mesti dielakkan sejak dari mula lagi.

Dengan cara ini, pihak pembangkang tidak mampu capitalise isu-isu tersebut untuk dijadikan modal politik, bahan hentaman dan lawak jenaka semasa mereka berceramah kelak.

Seperti tajuk artikel ini, penulis berpendapat bahawa kenyataan TPM itu merupakan satu permulaan yang menyakinkan.

Jika kita rujuk web-web pro-Pas, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin mereka seperti tidak yakin untuk menang di dalam pilihanraya ini. Mereka terpaksa menggunakan ayat-ayat seperti ikat janji setia untuk memastikan ahli-ahli mereka bekerja semasa pilihanraya kelak.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru mengingatkan para petugas pemuda Pakatan Rakyat mengikat janji setia dalam menghadapi kerja pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW mengajak mereka yang menjalankan tugas dan amanah yang besar tersebut dengan mengadakan ’janji setia’ bukan hanya sekadar mengucap dua kalimah menjadi seorang Islam.

"Bahkan mereka wajib menterjemahkan dua kalimah sahadah itu bagi meninggikan kebenaran dan keadilan hukum Allah dimuka bumi Allah SWT, dimana dalam sejarahnya pemimipin yang memerintah dengan zalim tidak mudah menyerah kalah,”tegasnnya dalam Ucapan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat di Kuala Ibai.

”Kita berdepan dengan semua pihak yang mempertahankan rasuah, yang mempertahankan kezaliman, dan pihak yang melakukan kesalahan menipu rakyat dengan berbagai-bagai cara,”katanya.- Buletin Online

Penulis juga pelik dengan tabiat Presiden PAS yang begitu senang melontarkan perkataan seperti zalim kepada orang ramai.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), zalim bermaksud tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati.

Jika berdasarkan tausurus DBP, ternyata bahawa dakwaan Hadi itu tidak berasas dan jauh menyimpang daripada kedudukan beliau yang sepatutnya berhati-hati bila berbicara.

Beliau dan ahli-ahli PR masih dapat berkumpul dengan aman di dalam sebuah dewan tanpa dizalimi oleh kerajaan negeri dan pusat. Beliau dan anak-anak masih dapat menjalani kehidupan seharian dengan normal tanpa dikejami dengan buas oleh pihak pemerintah.

Beliau juga perlu ingat bahawa rakan-rakan beliau di dalam Pakatan Rakyat terlibat di dalam rasuah dan 'berseronok-seronok' bersama wanita-wanita bukan muhrim.

Penulis cuma berharap agar Hadi tidak meludah ke langit, takut-takut terkena balik ke muka sendiri.

MINDA INTELEK MELAYU

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com