20090103

Menarik Perhatian ?

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya pengamatan ramai pemerhati politik mengenai parti PAS di Kuala Terengganu memang benar. Tetapi dalam masa yang sama, pengamatan tersebut akan dituduh berat sebelah atau pun pro-BN. Maka ianya diketepikan oleh hard core PAS dan PR sebagai bahan politik yang tidak benar.

Tetapi, apabila Mursyidul Am PAS sendiri berbicara dan mengatakan kerbimbangan beliau mengenai masaalah dalaman PAS di Terengganu, apakah ianya masih tidak benar?

''Ini masalah orang sini ( Pas Terengganu) dan bukan saya," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dari Kelantan dan Wilayah Persekutuan di Masjid Hiliran di sini malam tadi - Utusan Malaysia

Dalam masa yang sama, penulis hairan dengan pendirian Nik Aziz yang mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilihan calon pilihan raya kecil tersebut kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Pas Terengganu.

Padahal beliau telah terlebih dulu mensyorkan Muhamad Sabu sebagai salah seorang daripada calon Pakatan Rakyat yang juga dianggotai oleh parti DAP.

Penulis telah menulis isu ini di artikel sebelum ini. Di antaranya :-

.....Presiden PAS juga terdesak untuk menjaga imejnya sebagai ketua parti dan tidak nampak dibayangi oleh Nik Abdul Aziz yang awal-awal lagi telah meletakkan nama Mohamad Sabu sebagai calon pilihan beliau.

....Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."


Nampaknya, pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini semakin menarik walau pun belum bermula lagi.

Apa pun, kita sedang menanti calon PAS yang bakal mewakili Parti Rakyat yang juga dianggotai oleh Karpal Singh, seorang ahli politik yang mahu mayatnya dilangkah dulu sebelum PAS meneruskan ideologi politik mereka.

Bukankah itu menarik namanya?

MINDA INTELEK MELAYU

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com